KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan, kesilapan perwakilan memilih pemimpin pada perhimpunan agung parti Mac depan akan turut mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-13 akan datang.Beliau berkata, kebimbangan itu berasaskan kepada peningkatan pengundi muda yang lebih berfikiran terbuka dan kritis yang tidak teragak-agak untuk menolak mana-mana pemimpin pada pandangan mereka tidak berupaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Katanya, senario pilihan raya umum lalu merupakan pengajaran terbaik kepada ahli-ahli UMNO untuk melakukan perubahan secara berani dan berterus terang setelah mendapati rakyat semakin menjauhkan diri daripada parti.
“Oleh sebab itu, saya berharap perwakilan tidak akan terdorong memilih seseorang pemimpin itu kerana kepentingan peribadi atau diberikan habuan dengan mengetepikan peluang dan hak orang lain yang lebih layak dan berwibawa,” tegasnya.
Katanya, kepimpinan parti seharusnya dipilih daripada kalangan mereka yang setia kepada perjuangan akar umbi, berkebolehan dan rela memikul tanggungjawab dengan penuh takwa dan beramanah.
Menurut beliau, pemimpin yang baik adalah mereka yang bersedia untuk menerima teguran dan menjalankan tanggungjawab secara bersama dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
Syed Ali yang turut menawarkan diri bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, masyarakat mahukan seseorang pemimpin itu mampu memikul tugas yang dimanahkan secara adil, saksama dan penuh rasa kasih sayang.
Sehubungan itu tegas beliau, mana-mana pemimpin yang tidak boleh bekerja secara bersepadu haruslah bersedia untuk berundur bagi memberi laluan kepada orang lain yang boleh berkongsi tanggungjawab demi kebaikan parti.
“Individu yang sanggup menggadaikan harga diri untuk berebut menjadi pemimpin lazimnya akan memanfaatkan peluang yang ada untuk mengaut keuntungan peribadi sehingga boleh menjahanamkan masa depan UMNO, “ tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mahukan Lembaga Disiplin UMNO supaya mempercepatkan proses siasatan terhadap kes yang dilaporkan sebagai politik wang sebelum menjelangnya perhimpunan agung parti.
Beliau khuatir kelewatan badan tersebut menyelesaikan kes-kes yang disabitkan sebagai melanggar etika parti akan menimbulkan masalah kepada mana-mana calon yang menawarkan diri bertanding.
Bagaimanapun kata Syed Ali, calon yang bersih daripada amalan politik wang tidak perlu berasa cemas kerana para perwakilan boleh membuat pilihan yang terbaik.
Saya kekadang pelik juga dengan UMNO Bhg Cheras ni. Pemilihan parti yg lepas, Cheras calonkan ALi Rustam antara 3 Naib Presiden, tapi kali ini, bila Ali umum nak tanding Timbalan, kenapa Cheras tak calonkan dia? Banyak orang buat spekulasi yg DWSA tak calonkan Ali Rustam sebab banyak desas-desus negatif mengenainya, seperti beri habuan sana sini. Walaupun sukar mendapatkan bukti, tapi bak kata orang, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Hari ini suara2 yg kata Ali Rustam main politik wang cukup banyak kedengaran. Saya rasa sangat malu sbb orang UMNO sendiri kata memang ada politik wang tapi mereka masih sokong calon yg bagi wang ini. UMNO akan hancur kalau ada pemimpim macam ini. Sekarang dlm blog2 http://politica-net.blogspot.com dah kata secara jelas nama Ali Rustam ni main politik wang. Betul ke? Dia kata ada calon Timbalan Presiden ada 400 aduan pasal politik wang dan kalau kita baca posting lain, dia kaitkan nama Ali Rustam.
BalasPadamSepatutnya DWSA ambil sikap boikot calon2 politik wang ini. Tapi saya lihat DWSA masih jemput dia ke Cheras masa program gerak usahawan baru2 ni. Siap diiringi dia lagi. Apasal nak bagi muka kat dia? Tell him straight in the face. Kalau dibiarkan perangai hodoh ini, ia bakal menghancurkan parti. Saya harap DWSA renung2kan kerana perwakilan dari Cheras pun sudah di approach oleh calon ni.
bagaimana dengan calon2 MT?mereka ni tak amalkan politik wang ke?sibuk cerita diatas,jangan sampai lupa dibawah...
BalasPadamAda juga yg ditawarkan jawatan Ketua Perhubungan WP sebagai balasan mencalunkan seseorg walaupun dia tahu mejority tak sokong calun tersebut. Siap hantar SMS pd beberapa AJK supaya jgn buat calun lain dan spt biasa, semua angguk2. Siapa ya? Yg pastinya, dia dah pasang angan2 hanya dia saja yg layak dan pemimpin lain tak layak.
BalasPadamJgn suruh org lain muhasabah, diri sendiri muhasabah dulu.
Hang Kasturi
DWSA pun nak terus hidup senang. sebab tulah dia pandai main wayang.
BalasPadam