KUALA LUMPUR : Tindakan membenarkan penyokong Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) memasuki bangunan Parlimen semalam dilihat sebagai tidak wajar dan membuka pintu kepada pelbagai pertubuhan haram untuk mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, menegaskan bangunan Parlimen yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara merupakan institusi tertinggi dalam sistem perlembagaan negara tidak sepatutnya dicemari oleh sekumpulan aktivis yang diperalatkan parti pembangkang.
Katanya, kebenaran itu juga juga secara tidak langsung telah mempelekehkan kewibawaan UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional (BN) dan kedrajaan yang memerintah.
“Saya amat kesal dan kecewa kerana Jerit yang disertai oleh remaja telah diperalatkan oleh parti pembangkang untuk menyerahkan memorandum enam perkara termasuk penggubalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah,” jelasnya.
Katanya, kempen meminda akta ISA melalui Jerit yang dikatakan diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar jelas membuktikan mereka sedang berjuang untuk mendesak kerajaan membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di bawah akta tersebut.
Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menegaskan, kerajaan tidak pernah mengamalkan sikap perkauman untuk menahan mana-mana individu di bawah akta ISA jika didapati aktiviti mereka boleh mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan negara.
Katanya, kumpulan tersebut dilihat hanya berjuang untuk segelintir pemimpin India yang sedang di tahan di bawah akta ISA, sedangkan masih ada banyak lagi pemimpin Melayu yang menerima nasib yang sama dan UMNO tidak pernah menunjukkan sikap protes dan membuat desakan kepada kerajaan.
“Ada kalangan orang Melayu yang masih meringkuk dalam tahanan ISA, tetapi UMNO tidak pernah melakukan demontrasi jalanan atau memprotes secara haram atas sifat sentimen perkauman kerana kita masih berpegang kepada kedaulatan undang-undang,” tegasnya.
Menurut beliau lagi, rakyat negara ini yang telah lebih 51 tahun merdeka tidak sepatutnya memperalatkan sensitiviti perkauman untuk mencapai agenda politik sehingga boleh menjejaskan teras perpaduan rakyat pelbagai etnik dan budaya.
Sehubungan itu kata Syed Ali, walaupun penyokong Jerit memasuk bangunan Parlimen secara baik sebagai sebuah pertubuhan yang diragui kesahihan pendaftarannya adalah sama seperti kerajaan mengiktiraf sebuah pertubuhan haram.
Menurut beliau, jika Jerit hanya sekadar ingin menyerahkan satu memorandum bagi memenuhi hasrat pembangkang, adalah lebih elok jika dibuat di kementerian atau pejabat menteri yang berkaitan tanpa perlu mencetuskan kekecohan.
Katanya, T. Murugiah tidak sepatutnya melayan kerenah kumpulan terbabit kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai andaian berhubung sikap sebenar kerajaan dalam menangani isu seperti itu.
“Saya tidak faham mengapa kerajaan kadangkala bercanggah pendirian, hari ini kita kutuk pertubuhan haram, tapi esok kita restu pula aktiviti mereka yang jelas cuba mencetuskan kegelisahan rakyat,” ujarnya.
Beliau khuatir selepas ini kerajaan tidak mampu untuk menghalang mana-mana kumpulan aktivis daripada menyerbu bangunan Parlimen kerana laluan telah diberikan kepada sebuah pertubuhan haram seperti Jerit.

BalasPadam--------
Mungkinkah kerajaan Dollah tak ada apa2 pendirian dan tidak cukup berwibawa utk menangani unsur2 perkauman yang extremis samada dalam Barisan atau masyarakat?