Halaman

Rabu, 11 Julai 2018

Selepas tsunami PRU14, UMNO perlu lebih radikal - Syed Ali

RENTAK perjuangan UMNO sudah berubah dan memerlukan pendekatan lebih radikal bagi memenangi kembali keyakinan rakyat terutama orang Melayu, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Untuk mengharungi cabaran berikutnya, kita terpaksa lebih aggresif, malah jika perlu, tidak rugi untuk UMNO belajar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa mereka berada diblok pembangkang," tegasnya.

Katanya, tidak menjadi kerugian kepada UMNO untuk mengambil kaedah mereka jika itu yang terpaksa dilakukan bagi menguatkan semula perjuangan UMNO.

Beliau menegaskan, pendekatan lebih radikal, berani dan berpegang kepada prinsip asal perjangan mampu memulihkan semula UMNO yang telah ranap dibadai tsunami PRU-14.

UMNO kata Syed Ali, kini sudah berada pada garis pembangkang dan segala tindak-tanduk politiknya perlu mencerminkan parti alternatif yang lebih matang, berintergiriti dan mempunyai kekuatan.

"Realiti yang harus diterima ialah semuanya sudah berubah selepas PRU-14, UMNO bukan lagi parti yang membentuk sebuah kerajaan, UMNO kini hilang segala-galanya.

Untuk membina semula kekuatan UMNO kata beliau, mungkin mengambil masa yang agak lama dan terpaksa mengharungi penderitaan yang amat memeritkan.

"Mungkin juga UMNO akan kembali berkuasa dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang, ianya bukan sesuatu yang  mustahil," tegasnya.

Katanya,  UMNO juga  perlu menerima hakikat penolakan secara total rakyat terhadap parti berpunca daripada kepimpinan  pada ketika itu.

Syed Ali bagaimanapun tetap yakin dan percaya ahli-ahli UMNO di akar umbi masih menaruh keyakinan yang tinggi terhadap parti itu.

Katanya, roh perjuangan UMNO masih ada di kalangan orang-orang Melayu terutama di kawasan luar dan pinggir bandar.

Beliau menjelaskan, pengundi Melayu difahamkan semakin menyedari 'keterlanjuran' mereka memihak kepada PH pada PRU-14 setelah melihat kemampuan sebenar kerajaan membela nasib dan masa depan orang Melayu.

Orang Melayu dakwa Syed Ali, mula menyuarakan keresahan dan kekecewaan mereka terhadap beberapa tindak-tanduk kerajaan PH yang dilihat begitu cenderung kearah merealisasikan konsep Malaysia Baru.

"Ada yang mendakwa Malaysia Baru PH adalah fotokopi daripada perjuanga politik rasis DAP," tegasnya.

"Beberapa institusi Melayu dan kedudukan  mereka mula dipersoalkan secara terbuka, hak  dan kepentingan orang Melayu sseperti dijamin dalam perlembagaan seolah-olah telah dicabar," tegasnya. 

Berdasarkan itu kata beliau, mustahil untuk UMNO boleh dilenyapkan dalam sekelip mata setelah lebih 60 tahun bertapak kukuh dalam jiwa orang Melayu.

"Orang Melayu, sebahagian besarnya tidak akan jadi sedemikian," ujarnya lagi.

Justeru tegas Syed Ali, kini menjadi tanggungjawab kepimpinan baru UMNO untuk menggerakan halatuju parti dengan lebih berkesan dan berhemah.

"Semua pihak termasuk pemimpin di peringkat pusat perlu bekerja keras, turun padang, ikhlas dan beramanah serta lagi membudayakan politik retorik," tegasnya.

Amalan politik retorik katanya, antara penyumbang kebencian rakyat terhadap UMNO sehingga parti hilang tampuk kuasa.

Malah Syed Ali menambah, rumusan daripada pandangan umum meletakkan antara punca kekalahan UMNO kerana sikap angkuh dan perangai menjolok mata sesetengah pemimpin UMNO.

"Persespi kononnya pemimpin UMNO membelakangkan kepentingan rakyat dan cara hidup mewah yang luar biasa juga mempengaruhi keputusan PRU-14," ujarnya.

Menyedari itu, beliau berharap seluruh pejuang-pejuang UMNO bangkit semula mengumpul kekuatan dan memperkukuihkan perpaduan di setiap primngkat untuk bersedia menyerang parti pemerintah.

"Kita tidak perlu gusar kerana kita kini adalah pembangkang, dulu mereka (pemerintah) juga menyerang UMNO dengan pelbagai serangan fitnah dan persepsi.

Syed Ali juga mempersoalkan kerajaan PH yang sengaja mencetuskan pelbagai isu sensasi untuk mengalih perhatian rakyat terhadap janji-janji dalam manifesto pembangkang.

"Betul belum sampai 100 hari, tetapi beberapa dasar dan pendekatan kerajaan hari ini ternyata tidak disenangi rakyat," katanya lagi.

Menyentuh saranan beberapa pihak supaya hanya lambang UMNO digunakan untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, 4 Ogos depan, beliau memberitahu terserah kepada pucuk pimpinan parti.

PRK Sungai Kandis katanya, merupakan medan ujian pertama kepada UMNO untuk membuktikan parti itu masih lagi mendapat kayakinan dan sokongan pengundi.

Mengulas cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan supaya UMNO meminda perlembagaan termasuk pemilihan parti di peringkat cawangan di adakan setiap tahun, Syed Ali berkata cadangan tersebut perlu dilihat daripada pelbagai sudut.

"Jika ianya memberi manfaat bagi memulih dan menguatkan UMNO, memperkukuhkan semangat perpaduan dikalangan ahli, kenapa harus dotolak ?.

Beliau berkata, cadangan Timbalan Presiden UMNO itu mungkin ada kewajarannya tetapi elok diperhalusi di peringkat Majlis Tertinggi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan