Halaman

Jumaat, 4 Mei 2018

Kajian pembangkang sekadar perang saraf, rakyat tidak terpedaya : Syed Ali

JANGAN mudah terpengaruh dengan kajian pihak tertentu kononnya sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum (PRU) -14 semakin merundum dan kerajaan akan bertukar tangan.

Itu ingatan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sambil menyifatkan kajian tersebut sekadar untuk memancing undi dan menyedapkan hati pembangkang.

Kajian itu jelas beliau, dilakukan secara tangkap muat oleh pihak berkepentingan dan mereka yang berada dibelakang blok pembangkang.

"Itu cuma sebahagain daripada perang saraf pembangkang, jangan khuatir, UMNO dan BN tidak akan kecut (goyah) dengan kajian teersebut," tegas Syed Ali.

Malah beliau turut menyelar bekas pemimpin UMN O yang turut memberi tafsiran bahawa beberapa negeri yang dikuasai UMNO akan jatuh kepada pembangkang seperti Kedah damn Perak.

Katanya, pemimopin UMNIO yang sudah tiada jawartan dalam kerajaan tetapi rakus menyerang parti menjelang PRU14 adal;ah seumpama 'musang berbuklu ayam'.

"Mengapa sekongkol dengan pihak lawan jika benar hati masih ikhlas dengan UMNO, ini ciri-ciri petualang," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali mendakwa kajian seumapam itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan taktik murahan menjelang PRU untuk melemahkan UMNO.

Justeru, beliau mengigatkan rakyat terutama penyokong UMNO agar tidak mudah tertkesan dengan kajian seumpama itu.

"Kita juga boleh mengatakan kajian yang  kita buat menunjukkan pembangkang terutama Pakatan Harapan dicemuh rakyat kerana jani mereka selama ini hanya kitar semula dan kosong belaka," ujarnya.

Oleh sebab itu kata Syed Ali, kajian kumpulan pro-pembangkang dan beberapa telahan bekas pemimpin UMNO sememangnya tidak realistik.

"Dulu mungkin telahan itu boleh terjadi benar, tetapi senario politik sekarang sudah berubah dengan pembabitan golongan muda yang lebih sensitif dengan perkembangan semasa.

Syed Ali turut membidas pembangkang yang berterusan melakukan provokasi dan adu domba yang boleh menggugat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau kesal pembangkang memainkan isu pengundi perkauman terutama di kawasan majoriti pengundinya bukan Melayu.

"Cara sedemikia amat mendukacitakakan ketika kerajaan sedang berusaha meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat," tegasnya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, BN tidak terjejas dengan persepsi liar itu dan yakin rakyat tidak akan termakan dengan isu perkauman.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyeru orang Melayu memberikan sokongan padu kepada UMNO kerana parti itu terbukti sudah banyak jasanya kepada rakyat.

UMNO katanya, telah melalui beberapa fasa dan dugaan yang cukup getir tetapi dengan semangat bertanggungjawab, bertolak ansur dan mengutamnakan agenda perjuangan rakyat, segala ritntangan tersebut dapat di atasi.

"UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengangkat martabat dan masa depan orang Melayu walaupun terpaksa mengharungi pelbagai halangan," katanya.

Beliau menjelaskan, perjuangan Najib selaku Presiden UMNO adalah untuk jangka masa panjang yang mahu melihat orang Melayu dan negara bangsa terus cemerlang dan setanding bangsa lain.

"Untuk menikmati kegemilangan masa depan, kita (rakyat) terpaksa berkorban, itulah yang menjadi manifestasi perjuangan UMNO sekarang ini," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan