KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan blok pembangkang jangan menyemarakkan sentimen perkauman dan bermain dengan isu fitnah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Katanya, menyalakan api perkauman dan menabur serangan fitnah menerusi laman-laman sosial untuk menagih undi dikhuatiri akan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.
"Blok pembangkang (Pakatan Harapan) diingatkan jangan terlalu ghairah untuk memenangi PRU dengan membakar sentimen perkauman, perbuatan itu bertentangan dengan semangat perpaduan yang dipupuk selama ini," tegasnya.
Katanya, Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dan pelbagai agama yang selama ini hidup dalam suasana aman dengan berpegang kepada semangat perpaduan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Inilah salah satu kejayaan terbesar UMNO dan BN, berjaya membina sebuah negara bangsa yang paling unik di dunia, perpaduan sedemikian perlu kita pertahankan," tegasnya.
Sebaliknya jelas Syed Ali, meruntuhkan semangat perpaduan kerana agenda politik akan melahirkan keadaan yang boleh menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara satu sama lain.
Dalam hal ini menurut beliau, Pakatan Harapan perlu mengawal emsoi dan tingkah laku mereka sehingga boleh mencemari proses berkempen dan hari pembuangan undi.
Justeru, beliau menyambut baik tindakan tegas pihak polis yang akan memberi tumpuan di beberapa lokas i panas pada PRU kali ini.
"Saya amat berharap pihak polis dan pasukan keselamataan akan bertegas dalam hal sebegini dan mengambil tindakan pantas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mencetuskan kacau bilau," tegasnya.
Menurut Syed Ali, UMNO khususnya BN akan menjalakan kempen secara berhemah dan menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka perlu menolak calon pembangkang.
"UMNO tidak akan bermain dengan fitnah, UMNO tidak akan bermain dengan emosi, sebaliknya akan meyakinkan rakyat bahawa manifesto BN adalah janji yang mampu ditunaikan jika kita (BN) kekal memerintah," katanya.
Beliau mendakwa Pakatan Harapan yang mengemukakan manifesto yang pelbagai seperti 'jualan murah' hanya sekadar taburan janji yang tidak akan menjadi kenyataaan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan penggunaan lambang 'mata Keadilan" oleh parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan tidak akan memberi saingan sengit kepada BN.
Malah katanya, penggunaan loga Keadilan hanya akan menguntungkan DAP yang ingin mengemis undi Melayui di beberapa kawasan yang mereka tandingi.
"DAP sebenarnya cuba menyorok di belakang PKR untuk mengelirukan pengundi Melayu," katanya sambil menjelaskan taktik sedemikian tidak akan mempengaruhi sikap pengundi.
Syed Ali juga menolak dakwaan pembangkang kononnya UMNO Wilayah Pesrekutuan bertelegaha berhubung pemilihan calon di beberapa kerusi Parlimen.
"Karut, Dakwaan itu fitnah dan propaganda murahan pembangkang. UMNO Wilayah Pesrekutuan 'solid', kita akur apa juga keputusan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan