Oleh SYED ALI ALHABSHEE
DENGAN bertemakan 'Bersama BN, Hebatkan Negaraku', manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dilancarkan Perdana Menteri Sabtu lalu dihadapan leboh 50 ribu penyokong, secara umumnya menunjukkan gagasan kali ini berupaya memperkukuhkan keyakinan serta sokongan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keseluruhan intipati manfesto kali ini yang mempunyai 14 teras dan 364 inisiatif akan memberi manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini dan seterusnya melonjakkan peningkatan undi rakyat terhadap BN untuk memenangi PRU ke-14 dengan majoriti lebih 2/3 dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan progresif berdasarkan prinsip demokrasi.
Pada pemerhatian saya,manifesto kali bukan sekadar dokumen untuk tatapan rakyat, sebaliknya berupa kandungan gagasan kerajaan BN untuk membawa rakyat pelbagai kaum, budaya, agama dan adat resam, kepada penghidupan yang lebih sempurna, lebih berwawasan dan lebih berdaya saing seiring dengan arus pembangunan negara, khususnya untuk jangka masa lima tahun akan datang.
Pendekatan yang dilakukan oleh Najib menerusi manifesto berkenaan mencerminkan halatuju sebenar sebuah kerajaan berjiwa rakyat dan turut membuktikan ketelusan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk memajukan negara bangsa.
Penekanan yang diberikan terhadap usaha meningkatkan pendapatan rakyat terbukti bilamana kerajaan BN akan meningkatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dimana isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan kebawah akan menikmati pembayaran sebanyak RM,2000 berbanding sebelum ini RM1,2000.
Janji yang dibuat oleh BN dengan menaikkan bayaran BRIM ini menunjukkan bahawa kepimpinan Perdana Menteri berusaha bersungguh-subngguh dan memberi perhatian serius terhadap penghidupan rakyat akibat tekanan kos sara hidup.
Walaupun sebelum ini pihak pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan liar dan tohmohan terhadap BRIM, namun kerajaan BN tetap komited dan akan terus berusaha dengan apa juga cara demi untuk kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat.
Malah, pemberian bantuan BRIM itu bersifat terbuaka, iaitu tidak kira sama ada penerima itu penyokong mahupun penentang kerajaan BN, asalkan mereka menepati syarat atau peraturan yang telah ditetapkan.
Ini membutkikan kerajaan pimpinan Najib lebih bertanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan keselesaaan rakyat samada di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar termasuk para peneroka di tanah-tanah rancangan kerajaan seperti FELDA dabn FELCRA.
Manakala kepada anaka-anak penerima bantuan BRIM yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga diberikan bantuan sekali sebanyajk RM1,500. Peningkatan bantuan ini juga menyaksikan golongan muda yang masih bujang berpendapatan RM2,000 sebulan kebawah juga akan menikmati tambahan sebanyak RM150 menjadikan jumlahnya sebanyak RM600.
Selain itu, kerajaan BN juga berjanji akan menubuhkan Universiti Al-Quran yang pada hemat saya, ianya merupakan yang pertama di rantau Asia. Penubuhan universiti berkenaann bagi menyahut saranan banyak pihak terutama ibu bapa dan pelajar-pelajar di pusat tahfiz.
Langkah ini juga sekaligus menepis dakwaan pembangkang dan pihak tertentu kononnya kerajaan BN pimpinan Najib tidak memberi penekanan terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islam di negara ini. Dalam manifesto kali ini, kerajaan akan terus memperkasakan pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz melalui program keperantisan dan pemadanan latihan amli berstruktur disamping akan menambah bilangan surau-surau bertaraf Jumaat.
Saya juga melihat keseluruhan manifesto 'Bersama BN hebatkan Negaraku' sebagai aku janji yang lebih holistik, realistik dan berpijak di alam nyata. Malah manifesto PRU-14 juga membuktikan keprihatinan dan keterbukaan kerajaan BN terhadap rakyat pelbagai kaum dengan tawaran yang munasabah dan mampu dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, manifesto BN bagi PRU-14 kali ini mencerminkan usaha bersungguh-sungguh dan berterusan kerajaan BN pimpinan Najib melestarikan penghidupan rakyat di seluruh negara sejajar dengan pelan transformasi pembangunan negara.
Sehubungan itu, saya amat yakin bahawa manifesto yang dhidangkan kepada rakyat sebagai agenda utama kerajaan BN untuk berdepan dengan PRU ke-14 amat bermanfaat kepada seluruh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, dan sekaligus menolak dakwaan dan andaian pembangkang yang sebelum ini melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas.
Percayalah, manifesto BN bagi PRU-14 ini merupakan sebuah gagasan rakyat yang bukannya bersifat retorik dengan menzahirkan pelbagai tawaran atau pengharapan munasabah yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan BN dengan mendahulukan kepentingan rakyat.
Najib yang mengetuai kerajaan BN pastinya akan sentiasa memikirkan kepentingan rakayt, masa depan negara dan halatuju generasi muda. Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat sepatrutnya bersyukur kerana manifesto bertemakan 'Bersama BN, Hebatkan Negaraku' adalah manifestasi sebenar hasrat rakyat yang mahu kerajaan BN terus kekal berkuasa dengan lebih hebat dan boleh diyakini.
HIDUP BN, HIDUP UMNO !
________________________________________________________________________________
* Datuk Seri Syed Ali Alhabshee adalah Ketua UMNO Bahagian Cheras, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan