KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, mereka yang bertanding pada PRU - 14 bulan depan, bukan kerana kepentingan individu sebaliknya mendokong prinsip dan perjuangan Barisan Nasional (BN).
Katanya, apabila seseorang itu bertanding atas nama parti yang diwakilinya bermakna mereka seharusnya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberi tumpuan untuk meraih kemenangan lebih cemerlang berbanding PRU-13.
Oleh sebab jelas beliau, jika seseorang calon tewas pada PRU, parti yang didokong itu yang akan bertanggungjawab atau dipersalahkan, bukannya individu atau calon berkenaan.
"Jika mereka berpegang kepada hakikat itu, saya percaya tidak akan timbul soal perebutan menjadi calon atau kawasan untuk ditandingi, malah tidak berlaku perbuatan khianat dan mensabotaj parti," tegasnya.
Justeru, Syed Ali mengingatkan komponen BN khususnya ahli-ahli UMNO disemua peringkat supaya sentiasa memikirkan bagaimana untuk menewaskan calon pembangkang terutama daripada Pakatan Harapan (PH).
"Fikirkan bagaimana untuk kita menang, bukannya menunjukkan sikap penentangan terhadap sebarang keputusan pucuk pimpinan parti," ujarnya, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, BN perlu memenangi PRU ke-14 melebihi majoriti 2/3 untuk membentuk keraajan yang stabil dalam usaha meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Jangan anggap kita mahu menang kerana kepentingan peribadi atau puak tertentu, yang penting kita perlu menang demi kelansungan perjuangan generasi akan datang," tegasnya.
Tegas Syed Ali, anggota komponen BN perlu memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dalam membuat keputusan berhubung pemilihan calon.
"Apabila rasa kecewa diluahkan secara terbuka, tidak puas hati dan protes terhadap pemilihan calon contohnya, bermakna secara tidak langsung keputusan dibuat oleh Najib tidak dihormati dan dihargai," katanya.
Beliau berkata, pucuk pimpinan BN terutama Najib yang juga Presiden UMNO tidak akan membuat keputusan yang akan merugikan parti.
Dalam hal ini, Syed Ali mengingatkan komponen BN, jangan ada unsur-unsur tekanan atau berbau ugutan terhadap keputusan Najib berhubung penentuan calon yang bakal bertanding pada PRU kali ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpendapat mana-mana pemimpin parti yang berasakan sudah lama berkhidmat sebagai Wakil Rakyat seeloknya memberi laluan kepada pemimpin pelapis.
"Ramai yang boleh bersetuju, mereka yang sudah beberapa penggal jadi Wakil Rakyat eloklah berundur kerana BN memiliki ramai pemimpin muda yang berkelibar, yang boleh diketengahkan," katanya.
Bagaimanapun tegas beliau, terpulang kepada keputusan Perdana Menteri dan kesediaan pemimpin berkenaan untuk sekali lagi dicalonkan pada PRu-14.
"Paling penting, berusaha meningkatkan sokongan dan penerimaan rakyat setempat terhadap calon-calon BN kerana mereka adalah pengundi yang akan melakukan perhintungan sebenarnya.
Tambah Syed Ali lagi, UMNO di Wilayah pesrekutuan khususnya jangan memandang ringan terhadap keupayaan calon-calon daripada Pakatan Harapan pada PRU kali ini.
"Saya bersetuju apabila ramai orang berkata calon-calon pembangkang terutama di Titiwangsa tidak setanding calon UMNO, tetapi kita perlu berwaspada dan meningkatkan jentera parti," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan