KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, serangan peribadi dan cerca-mencerca sesama pemimpin termasuk bekas pemimpin parti tidak memberi sebarang keuntugan kepada mana-mana pihak.
Menurut beliau. perbuatan mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tidak sepatutnya berlaku dan dijadikan modal kempen politik untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Sebaliknya kata beliau, tindakan tersebut hanya akan menyerlahkan sikap dan keperibadian seseorang pemimpin tersebut yang dikhuatiri akan dicemuh oleh rakyat terutama generasi muda.
Menjelang PRU ke-14 katanya, serangan berunsur peribadi dan mencari kesalahan individu tertentu dilihat semakin ketara di media sosial.
"Apa untungnya sesama kita bercakaran dan masing-masing bertindak membuka aib serta melakukan serangan bersifat peribadi, sebagai orang Melayu dan umat Islam perbuatan itu sepatutnya dihindari," tegasnya.
Beliau kesal kerana media sosial dijadikan gelanggang untuk melepaskan geram dan saling mencerca diantara satu sama lain dan paling menyedihkan hanya membabitkan pemimpin politik Melayu.
"Sedih, lihat sesama pemimpin Melayu bergasak sesama sendiri, buka kain sesama sendiri, kita ditertawakan orang, ini amat memalukan," katanya.
Tidak menunding kepada mana-mana pihak, Syed Ali berkata tingkah laku pemimpin politik sentiasa menjadi perhatian dan teladan masyarakat umum.
Katanya, seseorang pemimpin politik termasuk bekas pemimpin sewajarnya mempamirkan teladan dan tutur kata berhemah yang boleh dijadikan pedoman kepada generasi muda.
"Hari ini, seolah-olah kita mendidik anak muda supaya menjadi tidak berhemah, caci-mencaci, buka aib dan londehkan kelemahan peribadi seseorang tanpa batasan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatjkan pemimpin UMNO supaya jangan terikut-ikut dengan rentak pemabngkang dan pihak berkepentingan yang cuba 'menangguk di air keruh'.
Beliau mendakwa, ada pihak tertentu kadangkala sengaja melakukan provokasi dengan mencetuskan beberapa isu sensitif menerusi media sosial bagi membangkitkan kemarahan UMNO.
"Di sinilah kadangkala kita terperangkap, UMNO perlu berwaspada dengan taktik tersebut kerana ini boleh melemahkan perpaduan dalam parti.
Kata Syed Ali lagi, pembangkang sengaja 'mengumpankan' dengan isu-isu sensitif dan dakwaan berupa fitnah terhadap pemimpin UMNO bagi menarik perhartian pengundi.
Beliau yang juga Setiausaha badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mengalih perhatian rakyat kerana PRU ke-14 semakin hampir.
"Pembangkang kini begitu terdesak dan tertekan, mereka akan melakukan apa sahaja propaganda dan strategi untuk melemahkan UMNO termasuk Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau juga menyifatkan janji-janji dan harapan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sekadar 'jualan murah' untuk memikat hati pelanggan.
"Berdasarkan cakap-cakap pemimpin pembangkang, pelbagai janji-janji manis dimasukkan dalam manifesto mereka, tetapi saya yakin janji itu sepertimana janji manifesto PRU ke-13.
Mengenai pemilihan calon PRU ke-14 bagi kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan, Syed Ali berkata keputsuannya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, UMNO dan BN Wilayah Persekutuan sentiasa akur dengan keputusan pucuk pimpinan pati dan tidak pernah berbangkit soal perebutan kawasan atau kerusi Parlimen.
"Sekarang kita perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangban yang lebih besar kepada UMNO dan BN, " tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan