Halaman

Rabu, 28 Mac 2018

UMNO Cheras : Johari jadi mangsa pihak 'cari makan' menjelang PRU - 14

SEKUMPULAN mereka yang menolak Datuk Seri Johari Abdul Ghani dicalonkan semula bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kemungkinan didalangi pihak tertentu khususnya mereka yang 'cari makan' menjelang PRU-14.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor, menjelang PRU -14 yang semakin hampir, pelbagai pihak akan menonjolkan diri untuk dilihat sebagai penting.

"Kita tidak tolak kemungkinan pihak berkenaan mengambil kesempatan dalam kehangatan bahang PRUsekadar untuk cari makan," tegasnya.

Katanya, inilah yang berlaku terhadap Johari yang juga Menteri Kewangan Ke-2 yang menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab dilakukan Kelab Aku Budak Chow Kit ( (KABCK).

"Kita difahamkan kumpulan yang melakukan protes terhadap Johari sebahagian besarnya adalah orang luar, bukannya pengundi Titiwangsa," tegasnya.

Malah tegas Mahadi, perbuatan tidak bermoral itu diyakini tidak dilakukan oleh ahli mahupun penyokong UMNO khususnya di kawasan parlimen berkenaan.

"Mungkin kumpulan cari makan yang mensasarkan tokoh tertentu seperti Johari untuk mendapatkan sesuatu menjelang PRU, ini andaian barangkali ada kewajarannya.

Tambah beliau, kumpukan 'cari makan' inilah yang akan merosakkan reputasi dan prestasi seseoerang calon walaupun perbuatan seperti itu tidak akan menghakis soklongan rakyat setempat terhadap UMNO.

Justeru tegas beliau, dakwaan Pengerusi KABCK, Ahmad Ayob Ramli kononnya  Johari tidak menjalankan perkhidmatan yang baik kepada pengundi Titiwangsa adalah tidak berasas.

Menerusi laporan portal berita malaysiakini.com semalam, Ahmad Ayob dipetik sebagai berkata banyak lagi calon lain yang lebih berkelibar selain Johari untuk dicalonkan di Titiwangsa.

Malah beliau juga mengakui bahawa KABCK bertanggungjawab memasang perentang dan bunting menolak Johari sebagai calon Titiwangsa pada PRU ke-14 akan datang. 

Sebelum ini, beberapa kain rentang dan bunting tertera perkataan #Tolak JohariGhani sebagai protes menolak pencalonan semula Johari sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa dipasang di beberapa kawasan di Chow Kit dan Datuk Keramat.

bagaimanapun jelas Mahadi, tindakan KABCK itu tidak menjejaskan kedudukan UMNO dan Johari di Titiwangsa, sebaliknya memberi gambaran bahawa kelab berkenaan ada kepentingan tertentu.

"Lazimnya apabila tidak dapat yang dihajat, maka mereka akan melakukan protes dan kecaman melulu dengan turut mengheret pihak yang tidak tahu apa-apa untuk bersama mereka," katanya.

"Golongan yang kecewa ini sanggup melakukan fitnah dan mencerca seseorang calon kononnya tidak berkelayakan dan ditolak oleh penduduk setempat.

Sehubungan itu, Mahadi mengingatkan bahawa mana-mana kumpulan yang memerangi Johari selaku Ahli Parlimen Titiwangsa bermakna mereka juga adalah 'musuh politik' kepada kepimpinan UMNO Bahagian Cheras.

"Di bahagian Cheras, ada kira-kira 1000 pengundi yang berdaftar di Parlimen Titiwangsa, kerana itu kita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan mutlak kepada Johari," tegasnya.

Menurut beliau, Parlimen Chears dan Parlimen Titiwangsa adalah berjiran dan kerana itu UMNO Bahagian ini tidak akan berdiam diri apabila melihat Johari menjadi sasaran kumpulan yang menjadikan PRU ke-14 sebagai peluang untuk 'cari makan'.

"Johari telah melakukan perkhidmatan yang terbaik sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa, rekod cemerlang itu tidak boleh dinafikan seseiapa, kecuali orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan parlimen berkenaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan