Halaman

Isnin, 12 Mac 2018

AGENDA UMNO PERTAHANKAN MELAYU, AGAMA ISLAM ; KAUM LAIN DIHORMATI - SYED ALI



Agenda UMNO amat jelas, mempertahankan Melayu, Islam dan negara ini," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Bagaimanapun jelas beliau,  UMNO  tidak sesekali meminggirkan kaum lain bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

UMNO katanya, telah terbukti sebagai sebuah parti politik berteraskan agenda perjuangan Melayu, mempertahankan institusi kesultanan Melayu dan  menjunjung syariat Islam.

Oleh sebab kata Syed Ali, UMNO akan menentang mana-mana pihak terutama blok pembangkang yang cuba mencabuli teras perjuangan tersebut.

"UMNO tidak akan bertolak ansur dengan pelampau politik yang cuba mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan negara," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pembangkang jagan cuba membakar sentimen yang boleh meresahkan rakyat menjelang PRU 14.

Katanya lagi, isu kaum, agama termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu jangan dijadikan agenda politik untuk meraih sokongan.
UMNO jelas beliau, sentiasa memelihara institusi tersebut dan mengutamakan rakyat dalam apa juga perkara.

"Kita (UMNO) tidak akan memperalat dan membohongi rakyat, kita laksanakan pembangunan untuk kepentigan dan masa depan mereka," katanya.

Katanya lagi, pendekatan sederhana dalam perjuangan UMNO telah membolehkan parti itu kekal berkuasa sehingga sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan