KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap menjadi 'duri dalam daging' kepada blok pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) -14 akan datang.
"Hakikatnya, pembangkang mengakui amat perit memenangi PRU akan datang kerana kekuatan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN," tegasnya.
Oleh sebab itu katanya, pembangkang melancarkan perang propaganda secara meluas dengan memberi gambaran buruk terhadap UMNO.
Pembangkang katanya, turut menggunakan media alternatif untuk 'membunuh' personaliti pemimpin UMNO dengan hasutan dan fitnah.
"Jika mereka tidak gentar kepada UMNO, mengapa perlu mereka menyerang pemimpin UMNO dan BN dengan fitnah dan cacian melampau,? soal beliau.
"Mereka sebenarnya takut kepada semangat perpaduan dalam UMNIO dan BN, kerana itu mereka habis-habsian melancarkan serangan persepsi menejlang PRU -14.
Sekaligus Syed Ali menepis tanggapan dan ramalan sesetengah pihak kononnya UMNO dan BN bakal kecundang dan kehilangan Putrajaya.
"Gambaran tersebut hanya serangan persepsi pembangkang yang cuba mengalih perhatian rakyat," katanya.
Beliau tetap yakin UMNO dan BN mampu mempertahankan Putrajaya dan Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri.
Katanya lagi, terlalu dangkal untuk mengatakan blok pembangkang mampu memerintah kerana sesama mereka tidak pernah sekata.
"Mereka (pembangkang) tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," katanya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Keyakinan beliau itu berdasarkan kesukaran parti-parti politik pembangakng untuk bersatu dalam satu pakatan yang kukuh.
"Walaupun pembangakng membentuk Pakatan Harapan, tetapi jangkaan saya, seperti Pakatan Rakyat sebelum ini, akan hancur dipertengahan jalan.
Di kalangan blok pembangkang ujar beliau, masih meragui kekuatan mereka bila melihat UMNO masih mendapat sokongan padu rakyat terutama orang Melayu.
"Blok pembangkang menyedari UMNO menjadi duri dalam daging kepada mereka untuk memenangi PRU akan datang," tegasnya.
Justeru itu kata Syed Ali, pembangakng terpaksa memperlalatklan beberapa bekas pemimpin UMNO yang selama ini berupa seteru politik mereka.
Beliau menjelaskan, blok pembangkang sebenarnya tidak mempunyai pemimpin berkaliber dan berupaya memenangi hati rakyat.
"Untuk raih sokongan rakyat, pembangkan terpaksa memperkudakan bekas-bekas pemimpin UMNO yang dikitar semula," katanya.
Oleh sebab itu katanya, kedaifan kepimpinan blok pembangkang tidak memungkinkan mereka mampu memenangi PRU dan membentuk kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali sekali lagi menjelaskan adunan tokoh muda dan berpengalaman sebagai calon BN pada PRU akan datang akan memberi impak positif.
Katanya, adunan tersebut menepati dengan jumlah pengundi yang sekarang ini sebahagian besarnya diwakili generasi muda.
"Matlamat BN adalah untuk menang dengan peratusan undi yang besar, jadi perkiraan itu perlu disesuaikan dengan perubahan masa.
Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan mereka yang tidak tersenarai sebagai calon supaya tidak berkecil hati sehingga menjejaskan kekuatan parti.
Katanya, Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN mempunyai cara tersendiri dalam isu penyenaraian nama calon pada PRU akan datang.
"Saya percaya Perdana Menteri akan melakukan yang terbaik demi memastikan kemenangan BN dan seterusnya kekal membentuk sebuah kerajaan yang stabil," ujarnya.
Beliau juga menyifatkan canang yang dipalu oleh PAS kononnya parti itu akan memenangi kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan sebagai gendang kosong.
"PAS dakwa mereka akan rampas Titiwangsa, menang di Setiawangsa termasuk di Putrajaya, ini sekadar gimik untuk menarik perhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan