BERPEGANG kepada semangat setiakawan dan akur keputusan pucuk pimpinan menjadi ramuan Barisan Nasional (BN) untuk terus memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Menurutnya, gagasan BN (dulunya PERIKATAN) yang dibentuk pada 30 Oktober 1957 berasaskan kepentingan kepelbagaian kaum di negara ini membolehkan pakatan tersebut kekal mendapat sokongan serta undi daripada rakyat sehingga kini.
Kerana kejayaan pakatan tersebut kata beliau, akhirnya gagasan BN dibentuk secara rasmi oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Haji Abdul Razak Hussein menggantikan PERIKATAN pada 1 Julai 1974.
"Apa yang ingin saya tegaskan ialah gagasan BN dibentuk daripada pemikiran Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, dan kelangsungan perjuangan dan pemerintahan negara kini diteruskan pula oleh anaknya, Datuk Seri Najib," tegasnya.
Katanya, Najib terbukti telah berjaya membawa kejayaan BN yang mana UMNO sebagai pasak kekuatan kerajaan yang memerintah walaupun terpaksa mengharhjungi pelbagai dugaan dan cabaran.
Justeru ujar beliau, semangat permuafakatan yang terjalin sekian lama di kalangan parti-parti komponen BN dengan mengutamakan kepentingan rakyat pelbagai kaum perlu dipertahankan.
Katanya lagi, BN tidak mensasarkan kepada kepentingan undi untuk pemimpin tertentu sebaliknya menjuruskan kepada kuasa majoritti untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
Oleh sebab itu jelas Syed Ali, tidak pernah berbangkit isu permusuhan atau perbalahan sesama angghota BN bersabit formula pembahagian kerusi PRU di peringkat Parlimen dan Dewan undangan Negeri (DUN).
"BN tidak seperti pembangkang, mereka (pembangkang) hanya memikirkan cara untuk menang PRU walaupun sanggup berbalah sesama sendiri, mereka bergasak untuk mencari undi kepada pemimpin tertentu," tegasnya.
"Dasar BN adalah telus dan terbuka, oleh sebab itu tidak timbul isu pilih kasih terhadap parti-parti tertentu berhubung pengagihan kerusi setiap kali menjelangnya PRU," katanya.
Katanya, walaupun pada peringkat awal kemungkinan akan tercetus rasa tidajk puas hati sesama komponen BN tetapi akhirnya mereka akan kembali kepada semangat setiakawan dengan akur keputusan Pengerusi BN.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menegaskan, pemimpin parti-parti komponen BN menghormati Najib selaku Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri.
"Pemimpin parti komponen berpegang kepada prinsip musyawarah dan matlamatnya adalah untuk memenangi PRU dengan terus kekal membentuk sebauh kerajaan yang kukuh berlatarbelakangkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum, etnik dan agama," tegasnya.
Sehubungan itu, Syed Ali menangkis dakwaan parti-parti pembangkang yang menuduh UMNO dan BN membudayakan politik perkauman untuk memenangi PRU ke-14 yang mereka sifatkan kerana terdesak.
"Mereka (pembangkang) boleh lemparkan pelbagai tuduhan, tetapi realitinya UMNO sebagai pasak BN sudah memerintah sejak sekian lama kerana mendapat sokongan padu rakyat Malaysia yang berbeza warna kulit, budaya, kaum dan cara hidup," katanya.
Kejayaan itu kata beliau, membuktikan bahawa dasar dan aspirasi BN dibawah pimpinan Najib menepati kehendak dan tatacara kehidupan rakyat negara ini termasuk daripada genarasi muda.
Sebaliknya Syed Ali mendakwa blok pembangkang terutama DAP yang mempelopori politik rasis menjadikan bukan Melayu sebagai sasaran untuk menagih undi dengan memainkan sentimen perkauman.
Tambah beliau lagi, sejarah tidak pernah menidakkan fakta bahawa DAP selama ini merupakan parti politik rasis yang hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum dengan memandang curiga kehadiran kaum lain.
"Tidak perlu diungkit kisah silam, tetapi rakyat Malaysia tentunya masih ingat bagaimana lantangnya pemimpin DAP menentang hak dan ketuanan orang Melayu," tegasnya.
Beliau yakin rakyat tidak akan mudah termakan dengan taktik pembangkang yang sengaja menyogok berita-berita palsu dan berbau fitnah dalam usaha mereka untuk menumbangkan kepimpinan Najib.
"Sebenarnya blok pembangkang kini berada dalam keadaan terdesak, malah menunggu masa untuk berkecai kerana sesama mereka mempunyai nkepentingan agenda tertentu," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan