Halaman

Khamis, 8 Februari 2018

Syed Ali : Berita palsu, fitnah dimulakan pembangkang untuk raih undi

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bersetuju pendapat ramai bahawa penularan berita palsu termasuk fitnah dimulakan oleh parti pembangkang.

"Pembangkang tidak ada isu relevan untuk meraih sokongan, oleh sebab itu mereka gunakan berita palsu dan serangan fitnah memburukkan imej pemimpin UMNO," tegasnya.

Politik di Malaysia kata beliau, telah dicemari dengan gejala fitnah dan pembohongan fakta secara  terancang dilakukan pembangkang.

"Mereka (pembangkang) yang memainkan cerita bohong dan palsu supaya rakyat menolak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Beliau mendakwa, jika pembangkang tidak bermain dengan cerita fitnah dan pembohongan parti itu tidak akan 'hidup'.

Oleh sebab itu jelas beliau, pembangjkang secara terbuka menolak cadangan kerajaan untuk mewujudkan satu undang-undang baru bagi mengekang berita fitnah di negara ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat negara ini tidak selamanya bodoh untuk menelan apa segala cerita bohong pembangkang.

Menurut Syed Ali, penyebaran berita fitnah memuncak apabila aplikasi media sosial digunakan secara meluas terutama setiap kali menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau berkata, selepas PRU-13, berita-berita palsu dan serangan fitnah diperhebatkan oleh pembangkang sehingga mengelirukan masyarakat umum.

Katanya, apa sahaja kebaikan dilakukan kerajaan sengaja diputarbelitkan dengan fakta pembohongan.

"Pembangkang memutarkan fakta yang dipalsukan untuk mengalih perhatian rakyat," katanya lagi.

Menjelang PRU-14 tambah beliau, pembangkang mula mempertingkatkan serangan fitnah terutama terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembangkang mengunakan serangan fitnah terhadap Najib kerana mereka tidak ada cara lain lagi untuk menumbangkan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO," tegasnya.

Malah kata Syed Ali, kehidupan peribadi keluarga Perdana Menteri termasuk Datin Seri Rosmah Mansor dijadikan fokus utama untuk difitnahkan secara terancang.

"Pembangkang termasuk pihak berkepentingan mensasarjkan Rosmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas selain penghinaan dan cacian keterlaluan," tegasnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Syed Ali meramalkan serangan fitnah dan cerita pembohongan semakin hebat apabila PRU ke-134 semakin hampir.

"Pembangkang akan menyebarkan pelbagai maklumat palsu, memfitnahkan salahlaku pemimpin dan mengaktifkan berita-berita tidak berasas menerusi media sosial," katanya.

Rakyat bagaimanapun kata beliau, boleh menilai sejauhmana kebenaran dan pembohongan berita tersebut.

Syed Ali juga menyentuh mengenai konflik terbaru Pakatan Harapan di Selangor yang masih berebut kerusi PRU dengan menyifatkannya sebagai gila jawatan.

"Sesama mereka masih tidak ada titik persamaan, masing-masing gilakan jawatan sebagai YB, inilah kerja pembangkang di Selangor," ujarnya.

Mengenai penarikan balik pingat dan darjah kebesaran terhadap dua pemimpin AMANAH di Kelantan oleh pihak istana negeri itu, Syed Ali menjelaskan perkara tersebut hak istana.

"Tak perlu kita campur, itu hak dan kuasa istana Suiltan Kelantan, apa pun sebagai rakyat kita perlu hormati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan