Halaman

Selasa, 6 Februari 2018

Formula pembahagian kerusi Pakatan Harapan tidak gusarkan UMNO : Syed Ali

UMNO sedikitpun tidak terkesan dengan persetujuan yang dicapai Pakatan Harapan berhubung kaedah pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Biarpun media siber pro-pembangkang melaporkan kalangan mereka sudah bersetuju dengan formula pembahagian kerusi, tetapi bagi saya keputusan sesama mereka tetap bercelaru," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu sebaliknya menegaskan, formula pembahgain kerusi parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan membabitkan Parlimen dan Negeri tetap tidak mencerminkan keikhlasan sesama mereka.

Malah tegas beliau, UMNO termasuk Barisan Nasional (BN) tidak pernah gusar atau tersentak dengan cara pembangkang kerana pengalaman lalu menunjukkan ada dikalangan mereka yang kecewa akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Oleh sebab itu, UMNO tidak menganggap ianya satu tekanan atau terkesan dengan cara mereka kerana sepertimana umum sedia maklum, DAP, parti rasis tetap mendominasi pakatan tersebut," tegasnya.

Beliau juga menyifatkan parti-parti serpihan seperti AMANAH dan PKR tidak akan berfungsi lebih jauh kerana terikat dengan telunjuk DAP.

Katanya, Pakatan Harapan sebenarnya tidak mempunyai kakuatan pengaruh dan idealisma perjuangan yang boleh meyakinkan raktyat terutama orang Melayu di kawasan pinggir dan luar bandar.

Oleh sebab itu dakwa beliau, Pakatan Harapan hanya mengharapkan kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad, biarpun pengaruh bekas Perdana Menteri itu sudah luntur. 

Malah ujar Syed Ali, Pakatan Harapan juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum berlangsungnnya PRU ke-14.

"Mereka hanya bergantung harap kepada Dr Mahathir dan Anwar, bukannya kepada Mohamad Sabu mahupun Lim Kit Siang.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, rakyat terutama orang Melayu tidak akan memperjudikan masa depan mereka hanya keranan kepentingan politik Dr Mahathir dan Anwar.

"Adalah tidak munasabah untuk orang Melayu memberi undi mereka hanya disebabkan Dr Mahathir, Anmwar dan konco-konco DAP dalam Pakatan Harapan," tegasnya.

Sebaliknya jelas Syed Ali, UMNO walaupun hebat diserang dan difitnah tetapi tetap meletakkan kepentingan rakyat pelbagai kaum dan orang Melayu sebagai teras perjuangan poltik.

UMNO katanya, bergerak dalam satu pasukan yang mantap bersandarkan semangat musyawarah bersama regu politiknya dalam BN dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

"Inilah resepi kejayaan BN selama ini yang berjaya memacu pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang cemerlang dan rakyatnya turut merasai nikmat daripada kemajuan tersebut," ujarnya.

Mengenai pandangan dilontarkan menerusi media sosial bahawa wakil rakyat UMNO yang sudah beberapa penggal diberikan peluang bertanding PRU, Syed Ali menjelaskan perkara itu ada baik dan tidaknya.

"Pandangan mereka di luar sana mungkin berasas dan perlu diberikan perhatian, tetapi apa juga keputusan memilih calon UMNO dan BN terletak diatas kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Bagaimanapun  kata beliau, mana-mana wakil rakyat yang berasakan diri mereka sudah terlalu lama seeloknya memikirkan pula untuk berundur bagi memebri laluan kepada calon muda yang lebih berwibawa sesuai dengan peredaran masa.

"Pada hemat saya, serahkanlah kepada Najib yang juga Presiden UMNO kerana beliau mempunyai caranya tersendiri dalam soal pemilihan calon, matlamatnya mengekalkan kemenangan lebih besar kepada UMNO dan BN pada PRU akan datang," tegasnya.

Syed Ali turut menyelar sesetengah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana belum lagi meluluskan pendaftaran parti BERSATU. 

"Kita boleh tunding jari kepada ROS dengan pelbagai tuduhan seperti zalim dan sebagainya, tetapi apakah kita tahu tahu bidang tugas serta prosedur yang dilakukan oleh pihak berkenaan sebelum sesuatu pendaftaran diluluskan,? soal beliau.

Ditanya apakah kemungkinan BERSATU tidak boleh menyertai PRU akan datang jika pendaftarannya masih tidak diluluskan, Syed Ali menjelaskan perkara tersebut termasuk dalam undang-undang berkaitan.

"Kalau dah tak lulus pendaftaran, bagaimana nak bertanding, jadilah pertubuhan haram," tegasnya.

Pengerusi BERSATU, Dr Mahahthir sebelum iini melahirkan kebimbangan beliau terhadap nasib parti serpihan itu kerana sehingga kini pendaftarannya masih belum diluluskan pihak ROS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan