Justeru, beliau meminta rakyat negara ini terutama umat Islam yang layak mengundi supaya tidak terpengaruh dengan gerakan pihak tertentu melancarkan kempen#UndiRosak, #SpoiltVote.
"Saya bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan itu kerana mengundi adalah satu tanggungjawab perlu dilakukan dalam proses memilih sesebuah kerajaan yang dibenarkan menerusi amalan demokrasi," tegasnya.
Menurut beliau, pandangan Dr Zulkifli selaku seorang mufti sewajarnya diberikan perhatian serius oleh pemimpin politik terutama daripada blok pembangkang kerana hujah tersebut bersandarkan syariat Islam.
Sebelum ini, Syed Ali menerusi blognya, www.umnobahagiancheras.blogspot.com pernah mengecam perbuatan pihak tertentu terutama pembangkang yang menularkan kempen #undirosak dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 akan datang.
"Pembangkang terutama dari kalangan pemimpin Melayu sepatutnya menerima nasihat mufti tersebut dengan penuh rasa insaf dan sewajarnya mereka berpolitik secara berhemah dan lebih bermoral," tegasnya.
Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal berita astro awani.com hari ini, Dr Zulkifli dipetik sebagai berkata, tindakan umat Islam yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi, juga hukumnya haram.
“Kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi.
"Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi agar mendaftarkan diri dengan segera untuk mengundi,” tulisnya di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Isnin.
Dr Zulkifli turut mengingatkan rakyat negara ini supaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon yang diyakini dapat menjaga kepentingan lima keperluan utama atau Dharuriyyat al-Khams, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan serta harta.
Dr Zulkifli turut mengingatkan rakyat negara ini supaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon yang diyakini dapat menjaga kepentingan lima keperluan utama atau Dharuriyyat al-Khams, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan serta harta.
Dalam konteks fiqh siyasah di Malaysia, pelantikan wakil rakyat, menteri dan pemerintah melalui proses pilihan raya adalah wajib.
Pilihan raya merupakan platform untuk rakyat menunaikan hak bagi memilih pemimpin, katanya.
Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata, kempen #undirosak tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini menunjukkan blok pembangkang berada dalam keadaan terdesak.
"Jika blok pembangkang yakin kuat dan mampu menumbangkan kerajaan BN, mereka tidak perlu melancarkan kempen tersebut yang jelas bertentangan dengan syariat Islam," katanya.
Menurut beliau lagi, cubaan mempengaruhi pengudni supaya tidak keluar mengundi atau melakukan kerosakan kepada kertas undi merupakan perbuatan khianat terhadap proses pilihan raya.
"Hanya mereka yang tidak bertamadun sahaja yang tergamak melakukan perbuatan seperti itu, golongan ini sanggup menghalalkan cara untuk meraih kuasa," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan