
1.Kekecohan
dilakukan penyokong PPBM pada Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan bukti
pembangkang mempunyai ' kepala' masing2 dan tidak sekata.
2.Insiden
rempuhan dan gangguan membuktikan pembangkang tidak bertamadun dalam
berpolitik.
3.PPBM kecewa
hanya diberikan 6 kerusi daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan kerana mereka
mendabik dada hanya PPBM yang mempunyai penyokong.
4.Inilah
perangai tamak pembangkang kerana masing-masing mengaku kuat.
5.Tindakan
penyokong PPBM membuat kecoh semasa Presiden Pakatan Harapan, Datin Seri Dr Wan
Azizah Ismail sedang berucap juga menunjukkan budaya politik ganas sedang
menular dalam blok pembangkang.
6.Saya
berharap perangai tidak senonoh dan budaya tidak hormat pemimpin di kalangan
pembangkang akan memberi kesedaran kepada rakyat.
7.Rakyat
khusnya di Negeri Sembilan sudah boleh menilai betapa buruknya amalan politik
pembangkang yang sanggup bergasak sesama sendiri hanya berebutkan kerusi
pilihan raya.
8.Justifikasinya
pemimpin pembangkang hanya gilakan jawatan wakil rakyat daripada memberi
perkhidmatan dan nilai moral yang murni kepada rakyat.
oleh : Syed Ali Alhabshee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan