KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bimbang 'pertempuran' politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan melebarkan lagi jurang perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.
"Pertempuran politik melampau sehingga melanggar batas susila dan rukun perpaduan amat membimbangkan dan dalam situasi politik yang sihat, ianya tidak sepatutnya berlaku," tegas beliau.
Katanya, sikap gelojoh sesetengah pemimpin politik Melayu daripada blok pembangkang menyerang peribadi pemimpin tertentu dengan melebelkan ungkapan kesat dan kasar amat dikesali.
"Mereka tergamak jadi petualang kerana kemaruk dan gilakan kuasa sehingga melanggar batas kesopanan," tegasnya.
"Mereka tergamak jadi petualang kerana kemaruk dan gilakan kuasa sehingga melanggar batas kesopanan," tegasnya.
Perbuatan itu katanya, hanya akan melebarkan lagi perpecahan di kalangan orang Melayu yang sememanya sudah berpecah kepada beberapa kelompok.
"Secara jujurnya, kita kena melihat kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam, kemana kita selepas ini ?
Oleh sebab itu katanya, jika ada kumpulan politik berteraskan Melayu ingin bersatu atau menjalinkan kerjasama, tidak sepatutnya dihalang.
Kata Syed Ali, mereka yang sengaja menghalang penyatuan orang Melayu boleh diibaratkan sebagai petualang kepada kepentingan masa depan bangsa mereka sendiri.
Selain itu katanya, ada pihak tanpa segan silu menuduh individu tertentu sebagai kafir hanya disebabkan pertarungan politik untuk berebut kuasa.
"Mengapa ini hanya terjadi di kalangan masyarakat Melayu,? soal beliau lagi sambil menegaskan pergeseran pegangan agama amat berbahaya.
Akibatnya kata beliau, pihak berkepentingan termasuk musuh Islam yang akan mengaut keuntungan jika pergeseran sesama orang Melayu berterusan berlaku.
Beliau juga kesal kerana ada sesetengah pihak sanggup mempergunakan agama untuk menghalalkan tuduhan mereka kepada pihak yang lain.
"Ada yang kata pemimpin itu kafir, pemimpin itu tidak Islamik, ini semua tuduhan melampau dan amat tercela sifatnya.
Syed Ali menjelaskan, bukan sesuatu yang sukar untuk melemparkan tuduhan bersifat keji dan fitnah walapun masyarakat umum tidak semestinya terpedaya dengan dakwaan tersebut.
Bagi pemimpin politik berpengalaman dan pernah berada di tampuk kuasa pula katanya, mereka sewajarnya menunjukkan teladan dan pekerti yang baik agar menjadi ikutan.
"Memang, pertarungan politik adakalanya menjadi terkeji, tetapi seboleh-bolehnya tidak harus terkeluar daripada sifat pemimpin yang penuh berhemah dan bermoral.
Sebaliknya ujar beliau, politik juga boleh menjadi alat untuk membentuk tamadun manusia berakhlak mulia.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, sentimen kebencian bagaimanapun telah mengatasi pemikiran sesetengah pemimpin politik untuk merebut kuasa.
Syed Ali seterusnya mengingatkan, PRU -14 merupakan gelanggang terbuka kepada mana-mana parti politik meraih kemenangan sepertimana dibenarkan oleh perlembagaan dan amalan demokrasi di negara ini.
Katanya lagi, jika parti politik pembangkang yakin halatuju mereka mendapat sokongan rakyat adalah tidak perlu untuk mereka menabur fitnah memburukkan pihak lain.
"Mereka (pembangkang) sepatutnya percaya kepada proses demokarsi kerana rakyat diberi kebebasan mutlak memilih atau menolak mana-mana calon tanpa sebarang paksaan," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata ahli-ahli UMNO perlu menterjemahkan sokongan dan taat setia kepada kepimpinan dengan memperkasakan agenda perjuangan untuk berdepan PRU akan datang.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan bayangan PRU-14 semakin dekat, justeru ahli-ahli UMNO perlu bersiapsiaga.
Beliau juga mengingatkan, mana-mana individu yang tidak tersenarai sebagai calon BN supaya tidak kecewa dan mengambil sikap yang boleh memberi kesan negatif kepada parti.
"Akur dan berlapang dada dan jauhkan rasa kecewa sehingga cenderung untuk bersifat seperti gunting dalam lipatan," tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan