Halaman

Selasa, 2 Januari 2018

KRISIS DALAMAN PAKATAN HARAPAN KERANA JAWATAN PM : SYED ALI




DATUK Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat pergeseran Pakatan Harapan dalam isu siapa yang layak dilantik Perdana Menteri antara Tun Dr Mahahir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Pakatan Harapan memenangi PRU -14 membuktikan pakatan tersebut tidak fokus kepada perjuangan membangunkan negara dan membela nasib rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu turut mendakwa Pakatan Harapan sememangnya tidak memiliki pemimpin berkarisma dan berkelayakan untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

"Kalau tidak, masakan mereka terpaksa menamakan Anwar yang sedang meringkuk di dalam penjara dan bekas Perdana Menteri yang sudah memerintah 22 tahun lamanya", tegasnya.

Justeru itu kata beliau, Pakatan Harapan kini dilanda krisis dalaman yang cuba disorok dari diketahui umum kerana antara Dr Mahathir dan Anwar mempunyai pengikut dan penyokong tersendiri.

"Satu puak dalam Pakatan Harapan menentang Dr Mahathir dan satu puak mahukan Anwar dan satu kumpulan lagi berpihak kepada DAP", katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan satu puak lagi dari kalangan muda menolak pemimpin ' kitar semula' menguasai Pakatan Harapan.

Situasi itu kata Syed Ali, membuktikan Pakatan Harapan sekadar pakatan rapuh yang hanya gilakan kuasa walaupun mereka terpaksa menyusahkan kehidupan rakyat.
"Berbeza dengan UMNO, teras perjuangan kita amat jelas berpaksikan kepada agenda rakyat dan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik walaupun adakalanya tindakan itu tidak popular," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan