KEMELUT yang berlaku dalam Pakatan Harapan dalam isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang perlu dijadikan iktibar oleh Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabashee.
Menurut beliau, percakaran yang berlaku dalam Pakatan kerana agenda politik peribadi disamping masing-masing berusaha mencari 'tempat selamat' untuk ditandingi.
Lagipun tegas beliau, dikalangan pemimpin pembangkang tidak mempunyai semangat setiakawan sepertimana yang diamalkan oleh rakan-rakan BN sejak sekian lama.
"Sesama pemimpin Pakatan tidak ada semangat setiakawan, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain dan masing-masing berjuang bagi memenuhi kepentingan politik peribadi," tegasnya.
Sebaliknya jelas beliau, BN dan UMNO mengamalkan konsep bermusyawarah dan sentiasa berpegang kepada semangat setiakawan dalam apa juga perkara terutama membabitkan kepentinan rakyat.
"Atas dasar itu, BN berupaya mengurustadbir negara dengan baik sejak merdeka sehingga ke hari ini disamping rakan-rakan komponen BN sentiasa mendapat sokongan rakyat," jelas beliau.
Justeru kata Syed Ali, walaupun kemelut itu berlaku dalam rumah tangga blok pembangkang, tetapi boleh dijadikan peringatan atau iktibar kepada BN dan UMNO khususnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan, sikap, perilaku dan telatah pemimpin politik menjadi tontonan rakyat dan mereka akan menilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan pemimpin berkenaan.
Rakyat ujar beliau, semakin mudah mendapat maklumat dan menyaksikan aksi pemimpin politik menerusi penyaluran media sosial.
"Mengambil contoh apa yang berlaku dalam Pakatan, kemelut yang bersabit cara pembahagian kerusi pilihan raya kini menjadi bahan ketawa rakyat.
Menurut beliau, rakyat sudah bosan dan meluat dengan kerenah pembangkang yang gagal untuk menguruskan perkara kecil seperti kaedah pembahagian kerusi Parlimen di kalangan mereka.
Dengan kata lain katanya, bagaimana kemampuan pembangkang untuk memerintah negara ini jika masalah kecil seperti itu pun gagal diselesaikan secara berhemah.
Menurut Syed Ali lagi, keadaan bertambah celaru dan kacau bilau dalam Pakatan berikutan cadangan melantik bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan BN dan UMNO tidak boleh leka dan perlu memperkuatkan jentera pilihan raya.
"Kita perlu fokus kepada persediaan PRU-14 dan berusaha mengekalkan semangat setiawakan dan permuafakatan terutama dalam soal pengagihan kerusi Parlimen dan Negeri" katanya.
Tambah beliau, komponen BN sebelum ini sentiasa akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan bakal calon bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
BN dan UMNO kata Syed Ali, mempunyai pengalaman berdepan dengan PRU dan sentiasa mengambilkira kepentingan negara dan rakyat pelbagai kaum.
Oleh sebab itu tegas beliau, tidak sewajarnya dipersoalkan apa sahaja keputusuan bakal dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Perdana Menteri memiliki kaedah tertentu memilih calon yang boleh menang.
"Kita yakin Najib yang juga Presiden UMNO akan memilih calon-calon yang disenangi rakyat dan yang boleh membawa kemenangan besar kepda BN," tambahnya.
Syed Ali mengulangi ingatannya sebelum ini supaya komponen BN tidak melakukan desakan berhubung pembahagain kerusi sehingga memberi tekanan kepada Najib.
"Kita perlu ambil teladan dengan apa yang berlaku (kacau bilau) dalam Pakatan Harapan," katanya.
"Mereka bergasak sesama sendiri dan ada yang letak jawatan dalam parti kerana tidak masing-masing tidak berpushati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan