"ELAKKAN
berebut kerusi sesama komponen BN pada PRU14, yang penting sekata dan bermuafat
untuk menang dengan lebih cemerlang", tegas Setiausaha Badan Perhubungan
UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee.
Sebaliknya
kata beliau, soal pembahagian kerusi sesama kerabat BN perlu diserahkan kepada
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib
yang juga Presiden UMNO kata Syed Ali, akan menentukan calon-calon yang
berkelayakan dan mempunyai keupayaan menandingi pihak lawan dan seterusnya
memberi kemenangan kepada BN.
"Tak
usahlah berebut kerusi sesama sendiri, ini akan membuka ruang kepada pihak
pembangkang" tegasnya yang juga Ketua UMNI Bahagian Cheras.
Beliau
mengingatkan parti politik dalam BN jangan mendabik dada mendakwa parti mereka
lebih kuat dan memiliki sokongan besar kerana PRU akan datang adalah
pertarungan membabitkan komponen BN secara keseluruhannya.
Katanya,
sikap seperti itu akan menyebabkan berlaku ketidakpuashatian sesama rakan BN
disamping berupa tekanan kepada Najib.
"Serah
dan akur keputusan Perdana Menteri (Najib). PRU14 bukan pilihan raya untuk
agenda peribadi tetapi untuk kepentingan negara dan masa depan rakyat".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan