DATUK
Seri Syed Ali Alhabshee kesal pihak tertentu terutama pembangkang pantas
memutarbelitkan sesuatu isu tanpa melihat kebenarannya secara nyata.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, ada pihak yang tidak memahami maksud sebenarnya tetapi terus dijadikan diputarbelitkan bagi tujuan memfitnah.
Katanya,
begitulah yang terjadi terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah
Zainuddin yang menjadi mangsa terbaru pihak pebangkang.
"Hamzah
bercakap dari sudut pengertian yang luas dengan mengambil contoh pada zaman
Rasulullah tetapi malangnya telah diputarbelitkan pembangkang", tegasya.
Syed
Ali berkata, beliau mengenali Hamzah sekian lama sebagai pemimpin politik yang
ikhlas dan tidak akan bermain dengan sentinen agama untuk kepentingan politik.
Beliau
mengulas kekesalan Hamzah terhadap tindakan media tertentu yang didakwa memutar
belit ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 mengenai kenaikan harga
barang dan perkhidmatan.
Di
dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan itu, Hamzah memetik hadis Nabi
Muhammad SAW untuk menjelaskan isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan
kepada perwakilan.
Mengulas
lanjut, Syed Ali berkata isu kenaikan harga barang merupakan perkara biasa
dalam sistem pasaran bebas.
"Ianya
berlaku di mana-mana negara dan kita di
Malaysia, kerajaan akan mencari kaedah terbaik menangani demi kepentingan
rakyat" katanya.
Justeru,
beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak secara melulu mengecam Hamzah
kerana menteri berkenaan telah berusaha melakukan yang terbaik menerusi
kementeriannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan