Halaman

Khamis, 7 Disember 2017

KAGUM DENGAN KETEGASAN DAN KEBERANIAN PERDANA MENTERI DALAM ISU BAITULMUQADIS - SYED ALI


 Image result for syed ali alhabshee
Saya kagum dengan ketegasan dan keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak bertolak ansur dalam isu Bailtumuqqadis yang telah diiktiraf oleh AS sebagai ibu negara Israel.
Pendirian Najib yang juga Presiden UMNO membuktikan Malaysia komited dan prihatin terhadap nasib umat Islam yang menjadi mangsa kekejaman rejim Yahudi.
Selaku Ketua UMNO Bahagian Cheras, saya menyokong penuh pendirian Najib menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam ucapan dasar Presiden di PWTC pagi ini  Najib berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam.
"Jadinya, apabila kita dikejutkan dengan usaha Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila," kata Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan