"Fokus kita memenangi seberapa banyak kerusi dalam PRU ke-14 dan seterusnya membetuk kerajaan dibawah kepimpinan Najib, yang juga Presiden UMNO," tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Najib yang juga Pengerusi BN mempunyai kriteria tertentu dalam soal pemlihan calon yang semestinya mencari kaedah terbaik bagi memastikan kemenangan BN.
Katanya, soal pengagihan kerusi sama ada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen juga tidak sewajarnya dijadikan isu oleh mana-mana komponen BN.
"UMNO dan BN perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai dan memlih calon yang berupaya memastikan BN memenagi lebih 2/3 kerusi di Dewan Rakyat," katanya.
Menjelaskan setakat ini tiada unsur tekanan dihadapi Najib, tetapi Syed Ali melahirkan rasa bimbang jika berlaku tekanan seumpama itu dikhuatiri merencatkan persiapaan jentera pilihan raya berdepan parti pembangkang.
"Setakat ini kita belum lagi dengar ada yang tekan atau desak Perdana Menteri untuk jadi calon, jadi saya amat berharap tidak akan berlaku. Matlamat kita memenangi PRU," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mahu pemimpin UMNO dan BN menerima keputusan dibuat oleh Najib kerana setiap tindakan itu menjuruskan kepada kepentingan kepada parti.
Sehubungan itu katanya, sindrom 'cah keting' kerana kecewa diharap tidak akan berlaku jika seseorang atau mana-mana wakil komponen BN tidak tersenarai sebagai calon pada PRU akan datang.
Mana-mana calon yang tidak terpilih kata Syed Ali, perlu berlapang dada dan memusatkan perhatian untuk terus berganding bahu membantu jentera parti mengalahkan parti lawan.
"Perjuangan kita untuk kepentingan parti, bukannya kerana agenda peribadi, kita mahu parti kita (UMNO) menang kerana dengan kemenangan itu akan membolehkannya membentuk kerajaan," tegas beliau.
"UMNO mahu menang cemerlang bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil dengan sokongan pedu komponen BN," tegasnya sambil berkata pentadbiran Najib masih diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali sekali lagi mengulangi ingatan beliau supaya jentera UMNO disetiap peringkat sentiasa peka dan pro-aktif mengekang penularan provokasi pembangkang menerusi media sosial.
"Ada pihak berkata UMNO tidak perlu gusar dengan media sosial pro-pembangkang kerana ianya berbau fitnah, tetapi kita (UMNO) tidak boleh menganggap perkara mudah kerana PRU ke-14 merupakan pertempuran paling sengit membabitkan penggunaan media sosial," katanya.
Beliau menjelaskan, fitnah merupakan perbuatan amat terkeji yang menyimpang daripada asas kebenaran tetapi perbuatan itu tetap menjadi pilihan pembangkang kerana mereka percaya memfitnah boleh memesongkan pertimbangan akal.
Justeru katanya, UMNO perlu berkerja keras menyekat penyebaran fitnah yang ditularkan pembangkang kerana selain merosakkan pertimbangan akal malah boleh menjerumuskan masa depan negara dalam keadaan bercelaru.
"Apabila ada satu kumpulan mempercayai sesuatu pembohongan yang dilakukan secara fitnah, maka ini akan memberi kesan negatif terhadap pembangunan insan dan negara itu sendiri," ujarnya.
Syed Ali turut mengulas kenyataan pemimpin kanan PAS yang mendakwa tidak mustahil pemimpin parti itu akan menjadi Perdana Menteri selepas PRU ke-14 dengan menyifatkannya sebagai 'gurauan politik' untuk memanaskan keadaan semasa.
"Biarkanlah PAS dengan cerita mereka, bagi saya tiada apa-apa, sekadar gurauan politik menjelang PR ke-14," katanya.
Semalam Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata pada PRU akan datang, PAS mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan