KETUA
UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
AlHabshee yakin Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus diberi mandat
sebagai Perdana Menteri selepas PRU-14.
Ini
katanya, kejayaan Najib memacu pembangunan negara dan berusaha menyatumi
permasalahan semasa secara konsisten merupakan antara faktor yang mengukuhkan
sokongan rakyat.
"Memang
Najib ditekan dan diasak oleh pembangkang yang memanipulasi isu semasa terutama
berkaitan ekonomi dan kos sara hidup" katanya.
Tetapi
kata Syed Ali, penyelesaian secara berhemah dan kebertanggungjawaban Najib
membolehkan rakyat secara rasional menilai betapa Perdana Menteri telah dan
akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.
Justeru
pada hemat beliau, tidak ada lagi mana-mana tokoh politik terutama dari blok
pembangkang yang mampu menyaingi kelestarian serta kebolehan dan kecekapan
Najib.
"Secara
jujurnya, Najib adalah seorang Perdana Menteri yang cemerlang kearah memacu
Malaysia menjadi negara maju dalam dekad yang akan datang", tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan