Halaman

Jumaat, 5 Jun 2015

Utamakan kepentingan UMNO dalam apa juga situasi, tegas Syed Ali

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bimbang, UMNO akan berdepan dengan krisis keyakinan dan memungkinkan  tahap sokongan orang Melayu terhadap parti itu akan terhakis.

Beliau melahirkan kebimbangan tersebut kerana khuatir ada pihak berkepentingan mengeksploitasikan senario yang berlaku hari ini untuk menjayakan agenda politik mereka.

Menurutnya, kemungkinan ada pihak tertentu sengaja mencetuskan perang saraf untuk melumpuhkan perpaduan orang Melayu.

Kemungkinan itu tegas beliau, tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin UMNO jika mahu parti kekal relevan.

“Mungkin ada pihak seronok lihat pemimpin Melayu berbalah sesama sendiri,” tegasnya lagi.

Beliau berkata,  kekuatan sokongan orang Melayu terhadap UMNO menjadi halangan kepada musuh politiknya untuk menguasai negara ini.

“Oleh sebab itu, kita kena utamakan UMNO dalam apa juga situasi, jangan nanti orang Melayu terutama generasi muda tidak seronok lagi untuk bersama kita (UMNO),” tegasnya.

Justeru katanya, pemimpin UMNO sepatutnya fokus kepada perjuangan parti.

Apatah lagi ujar beliau, UMNO perlu melakukan persiapan awal untuk berdepan dengan parti-parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kadangkala kita menjadi leka dengan isu dalaman sehingga lupa kepada ancaman musuh (pembangkang) yang berada di luar.

Oleh sebab itu jelas beliau, kemelut hubungan dingin mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu kepada jalan penyelesaian dengan mengambilkira kepentingan UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya.

“Hubungan kurang selesa antara kedua pemimpin itu jika dibiarkan berlarutan boleh memberi impak kurang baik kepada parti,” tagasnya.

Menurut Syed Ali, apa juga pergeseran atau percanggahan pendapat sewajarnya tidak melangkau kepentingan parti.

UMNO tambah beliau, merupakan parti tonggak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang perlu disayangi dan dipertahankan oleh semua pihak.

“Kita harus utamakan kepentingan UMNO, kerana parti itulah yang selama ini berjaya memberi kedudukan terbaik kepada bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Malah tambah Syed Ali, kekuatan yang dimiliki UMNO juga telah memunculkan seseorang itu memegang tampuk kuasa,” tegasnya.

“Tanpa UMNO, belum lagi kita boleh memegang kuasa seperti yang kita miliki hari ini,” katanya.

Bagaimanpun ujar Syed Ali, kuasa politik akan menjadi tidak bermakna jika UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Keadaan akan menjadi lebih buruk jika UMNO dan BN tidak berupaya membentuk kerajaan.

Menurutnya, kehilangan kuasa UMNO dan BN di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan termasuk Wilayah Persekutuan perlu dijadikan iktibar.

“Kita sudah hilang negeri tersebut pada PRU lalu, apakah kita mahu mengulangi tragedi yang sama,?

Sehubungan itu, beliau amat berharap akan ada usaha untuk meleraikan kekusutan hubungan antara kedua pemimpin tersebut.

“Yang keroh perlu dijernihkan semula manakala yang kusut itu sepatutnya kita sama-sama leraikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap kemenangan kumpulan pro-ulama pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS semalam akan mengubah halatuju politik parti itu.

“Walaupun PAS musuh politik UMNO, tetapi kita berharap perubahan yang berlaku semalam akan memberi sedikit ruang kearah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan