Halaman

Jumaat, 5 Jun 2015

Syed Ali : Polis batalkan ‘Nothing 2 Hide’ satu hikmah

‘Dialog Bersama PM ‘Nothing 2 Hide’ yang dibatalkan oleh pihak polis atas faktor keselamatan pagi ini merupakan satu hikmah, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Majlis anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) yang sepatutnya berlangsung di PWTC pagi ini dibatalkan selepas kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun jelas Syed Ali, kehadiran bekas Perdana Menteri itu menunjukkan beliau sanggup berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini.

“Kita kena tengok secara positif, dia (Dr. Mahathir) sanggup  turun untuk sertai majlis tersebut,” ujarnya.

Ini jelas beliau, menunjukkan Dr. Mahathir masih sayangkan UMNO dan sanggup bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Atas nasihat polis, Najib tidak hadir selepas dikatakan berlaku kekecohan di luar dewan tempat berlangsungnya majlis tersebut.

“Ini satu hikmah, saya berharap Pejabat Perdana Menteri (PMO) boleh lakukan sesuatu untuk aturkan pertemuan antara Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menegaskan, melihat kepada reaksi Dr.Mahathir dan Najib yang sanggup hadir pada majlis tersebut membuktikan antara mereka masih boleh duduk berunding.

"Najib dan Dr. Mahathir sanggup hadir, ini mesej bahawa mereka ikhlas," tegasnya.

“PMO boleh aturkan pertemuan, buat secara anak beranak, bincang antara mereka berdua, tak perlu depan khalayak,” tegasnya.

Pejabat Dr. Mahathir juga kata Syed Ali, boleh mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam mencari jalan penyelesaian di atas konflik yang berlaku.

Katanya, jika Dr. Mahathir dan Najib sanggup hadir ke majlis tersebut ini merupakan petanda baik kepada mereka untuk berdialog.

“Perkara itu boleh (berbincang) secara keluarga, anak dengan bapa, kita kena cari yang positif demi kepentingan bersama,” tegasnya lagi.

Syed Ali menjelaskan, beliau percaya Najib bersifat terbuka termasuk Dr. Mahathir dan mereka boleh menerima pandangan masing-masing.

Tambah beliau lagi, kedua pemimpin tersebut merupakan pemimpin UMNO yang berperanan untuk kepentingan rakyat dan negara.


Pagi ini sepatutnya berlangsung ‘Dialog Bersama PM ‘Nothing 2 Hide’ di PWTC dengan kehadiran 2,500 peserta termasuk 300 wakil Ngo tetapi atas nasihat Ketua Polis Negara, majlis itu terpaksa dibatalkan kerana faktor keselamatan.

4 ulasan:

  1. Orang Melayu kalau tak bertekak tak bergaduh sesam sendiri tak sah lah..

    BalasPadam
  2. Jika cara Rasulullah...dianjurkan mesyuarat dlm mencari penyelesaian kekusutan yg berlaku agar mendapat keputusan yg baik utk semua pihak.....

    BalasPadam
  3. Prime Missinger Najib dikelilingi oleh orang yg memusuhi Tun Mahathir.

    Najib kena jumpa Tun secara private dan sendirian. Rosmah jangan dibawa sama.

    BalasPadam
  4. Mudah2han kemelut ini berjaya diselesaikan.

    BalasPadam