“Sudah diduga, Pakatan
Rakyat (PR) akan hancur dan berkubur. DAP dengan PAS selama ini tidur sebantal,
tetapi mimpi lain-lain,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alahabshee.
Beliau merupakan pemimpin
UMNO paling lantang mengecam PR, mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
bahawa pakatan itu sudah berakhir hari ini (Selasa).
Dengan berkuburnya PR,
beliau yakin kecalaruan politik di negara ini akan kembali pulih.
“Saya berharap rakyat
akan sedar betapa PR hanya sebuah pakatan rapuh yang bertunjang kepada nafsu
politik haloba untuk berkuasa,” tegasnya.
Katanya lagi, keputusan
membubarkan PR membutktikan pakatan pembangkang tidak mampu menyaingi kekuatan
Barisan Nasional (BN).
Malah tegas beliau,
selama ini PR hanya membohongi rakyat bahawa pakatan tersebut mempunyai
kesepakatan, kekuatan dan mampu merampas
Putrajaya.
“Mereka bergabung untuk
mencari kuasa politik, tetapi belum lagi berkuasa sepenuhnya, akhirnya mengakui
mereka bercakaran sesama sendiri sehingga terpaksa dibubarkan,” katanya.
Kesan daripada
pembubaran PR hari ini tambah Syed Ali, membuktikan juga hanya BN dimana UMNO
sebagai tonggak mampu membela nasib rakyat.
“UMNO yang menjadi
tulang belakang BN merupakan gabungan berasaskan kepada kepercayaan,
kesepakatan dan keharmonian, berbeza dengan pembangkag,” ujarnya.
Hari ini, DAP
mengumumkan keputusuan Muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan kerjasama
politik dengann DAP membawa kepada pembubaran PR.
Lim Guan Eng ketika
mengumumkan keputusan tersebut menjelaskan PR tidak lagi wujud.
PR ditbuhkan pada 1
April 2008 selepas tsunami poltik pembangkang yang melanda PRU ke-12.
Kata Syed Ali lagi, tindakan PAS
memutuskan kerjasama politik dengan DAP, parti rasis itu merupakan tindakan
bijak yang perlu dialu-alukan.
“Selama ini PAS dihina
dan dipijak oleh DAP ; parti perkauman itu menentang cadangan pelaksanaan hukum
hudud yang di bawa oleh PAS,” katanya.
Mengulas kedudukan
kerajaan pembangkang di Selangor yang dikongsi bersama DAP, PKR dan PAS, Syed
Ali berkata PAS memiliki keutamaan untuk menentukan masa depan Menteri Besar,
Azmin Ali.
Beliau mengulangi
kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin kini hanya mengharapkan belas ehsan
daripada PAS untuk kekal sebagai Menteri Besar.
“Sebenarnya, sudah tidak
ada lagi kerajaan PR di Selangor kerana hari ini secara rasmi telah
dibubarkan, ini bermakna mereka (pembangkang) perlu melihat semula kedudukan
Menteri Besar,” tegasnya.
Mengenai masa depan PAS
setelah meninggalkan sekutu politknya, DAP dan PKR, beliau berkata terpulang kepada
parti itu untuk menentukan haluannya.
“Bagaimanapun saya
yakin kepimpinan baru PAS lebih positif kearah perpaduan di kalangan orang Melayu
dan umat Islam termasuk berkerjasama dengan UMNO,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan