DATUK
Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, membubarkan Parlimen bukan pilihan tepat untuk
mengubah persepsi rakyat terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Itu bukan jalan penyelesaian, adakan pilihan raya awal tidak
menjanjikan sesuatu yang baik,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.
Sebaliknya ujar beliau, menjadi tanggungjawab pemimpin UMNO untuk
membersihkan tanggapan negatif tersebut.
“Ketika Najib diserang dengan persespi negatif, pemimpin UMNO sepatutnya
bingkas mempertahankan kedudukan presiden parti,” tegasnya.
Beliau mempersoalkan mengapa timbul desakan supaya Perdana Menteri
membubarkan Parlimen ketika ini.
“Kita semestinya mahu kekalkan kemenangan jika Parlimen dibubarkan, mengapa
kita sengaja buka ruang kepada pembangkang,” tegasnya.
Syed Ali menjelaskan, persepsi negatif dan kebencian terhadap
Najib sengaja disemarakkan oleh pihak berkepentigan.
Oleh sebab itu katanya, pemimpin UMNO tidak seharusnya turut terikut-ikut
dengan rentak pembangkang.
UMNO tegas beliau lagi, jangan mudah mengalah dengan perang
persepsi walaupun persepsi seperti itu sedikit-sebanyak
telah membunuh keyakinan rakyat.
Beliau mempersoalkan apakah telah dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk mengubah persepsi
sedemikian.
“Mengapa biarkan Najib selaku Perdana Menteri dan juga Presiden
UMNO diserang hebat oleh pembangkang,” soal beliau lagi.
Justeru katanya, cadangan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad
supaya Najib membubarkan Parlimen bukan cadangan boleh dianggap positif.
“Saya tidak berpandangan seperti itu, bubarkan Parlimen supaya
pilihan raya baru terlebih awal bukan penyelaian, ianya bersifat sementara,”
ujarnya.
“Memang Najib boleh mendapat mandat baru daripada rakyat, tetapi
apakah itu akan memastikan sokongan kepada UMNO dan BN akan berkekalan.
Sebaliknya tegas beliau, seluruh pemimpin UMNO perlu berkerja keras
mengukuhkann keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan.
Beliau mengingatkan, pemimpin UMNO tidak boleh lari daripada tanggungjawab dan perlu berdepan
dengan rakyat atas apa juga isu.
Beliau mengulas saranan Nur Jazlan agar Najib membubarkan Parlimen
bagi membersihkan tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentadbirannya
dengan mengadakan pilihan raya lebih awal.
Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam
(PAC)
berkata Najib boleh mengambil jalan singkat membubarkan Parlimen
dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.
Beliau membuat cadangan tersebut dalam blognya yang kemudian
dipetik oleh portal berita www.malatysiakini.com
semalam.
Ahli Parlimen Pulai itu turut menjelaskan, ancaman terbesar UMNO ialah faktor
dalaman parti sendiri bukannya Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata cadangan Nur Jazlan agak keras
dan dikhuatri akan dimanipulasikan oleh pihak berkepentingan untuk menjatuhkan
Perdana Menteri.
“Selaku Ketua UMNO Bahagian, dia berhak berbuat demikian (saranan),
tetapi agak sinis dan boleh menyakitkan hati banyak pihak,” tegasnya.
Secara berterus terang Syed Ali berkata, adalah agak ‘pelik’
desakan itu dibuat ketika presiden parti sedang berdepan dengan serangan
pembangkang.
Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan bagi pendapat ku memang berniat hendak menumbangkan PM Najib. Nampaknya ini niat jahat Nur Jazlan, sepatut nya beliau menyokong dengan kuat tentang kepemimpinan Najib.
BalasPadamSemua pihak penyokong Umno mesti menentang pendapat Nur Jazlan.