Halaman

Selasa, 21 April 2015

“Saya tidak fikir Muhyiddin bersekongkol dengan Dr. Mahathir untuk jatuhkan Najib, ini semua provokasi jahat, “ – Syed Ali

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan saranan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi tekanan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun sebagai tidak berasas.

“Mengapa secara tiba-tiba nama Muhyiddin diheret kononnya boleh bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri,  Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib? Ini semua serangan provokasi terlalu jahat dan tidak boleh diterima,” tegasnya.

Dengan pandangan agar Muhyiddin berbuat demikian tetapi mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau berkata saranan itu hanya mahu menyemarkkan lagi ruang perpecahan dalam parti.

“Saya tidak fikir sekejam itu untuk Muhyiddin mengambil tindakan drastik menghancurkan kepercayaan Najib sewaktu Perdana Menteri sedang diasasak bertubi-tubi oleh pihak berkepentingan,” tegasnya.

Beliau mengecam keras saranan tersebut sambil tidak menafikan pandandan berupa ‘hasutan’ yang disogokkan itu tidak lebih menjuruskan kepada strategi menghancurkan kepimpinan UMNO.

“Sekarang ada pula usaha melaga-lagakan Muhyiddin dengan Najib dengan menggunakan senario politik yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir, ini satu perkembangan tidak sihat yang memerlukan tindak balas segera,” tegasnya Syed Ali.

Justeru tegas beliau, ahli-ahli UMNO dinasihatkan supaya tidak mudah terjebak dengan percaturan persespsi dan tohmohan liar yang mula dimainkan pihak berkepentingan ekoran perselisihan Dr. Mahathir dengan Najib.

“Ketika berlaku percanggahan antara kedua pemimpin UMNO itu, ada pihak tidak bertanggungjawab mencipta andaian dan persepsi kononya adalah waktu yang baik bagi Muhyiddin memberikan tekanan kepada Najib dengan melepas jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Tetapi dalam masa yang sama, mengekalkan kedudukan selaku Timbalan Presiden UMNO dan bagi Syed Ali percaturan sedemikian tidak akan berlaku kerana Muhyiddin bukan tokoh politik yang mudah termakan dengan sogokkan hasutan.

Kenyataan sinis dan berniat jahat untuk melagakan Muhyiddin dengan Najib tambah beliau, berlaku ekoran kenyataan Muhyiddin yang dilaporkan sebagai menyokong Dr. Mahathir dan mantan Perdana Menteri itu ‘tidak keseeorangan’ dalam menyuarakan kebenaran.

Beliau mencemuh kelantangan portal berita www.freemalayasiatodoy.com semalam (Isnin) yang memetik tulisan bekas pemimpin UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbuddin Hussin, yang menyarankan agar Muhyiddin boleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai bantahan kepada Najib untuk meletakkan jawatan.

“Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati  hak Tun Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu,” komen Shahbuddin.

Bagi memperbetulkan dakwaan negatif itu, Syed Ali melontarkan keyakinan bahawa bukan mudah untuk pemimpin UMNO seperti Muhyiddin membiarkan dirinya terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh pihak berkepentingan khususnya kumpulan pro-pembangkang.

“Muhyiddin merupakan pemimpin berjiwa besar, mendaki tangga politik daripada bawah dan menghormati pemimpin, saya tidak terfikir mengapa beliau perlu turut terjebat dengan isu untuk menjatuhkan Najib,” tegasnya.

“Ini semua dakyah yang sengaja disebarluas bagi mengeruhkan lagi keadaan ketika mana UMNO sedang berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk menahan asakkan daripada Dr. Mahathir.


Syed Ali juga berkeyakinan bahawa Najib berkemampuan untuk meleraikan segala kekusutan yang berlaku manakala Muhyiddin pastinya akan tetap memberikan sokongan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

“Kadang-kadang kita terfikir, ketika menjelangnya  sesuatu Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti bakal berlaku di Rompin dan Permatang Pauh, akan ada pihak yang sengaja mereka pelbagai berita dan cerita karut untuk memecahbelahkan UMNO,” ujarnya.

Dalam isu Najib dan Dr. Mahathir tambah beliau, tidak semena-semena nama Muhyiddin pula dikaitkan sebagai antara pemimpin UMNO yang boleh menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dengan menyebelahi Dr.Mahathir.


“Mengapa mereka menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran baru ? Tentu ada muslihat dan perangkap yang sengaja dibuat untuk menjahanamkan UMNO,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan