DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga memaksa beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.
"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.
"Saya amat kesal dengan perkembangan itu, ada laporan menyebut Dr. Mahathir telah memulakan siri jelajah fasa kedua untuk menyerang Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.
Tambah beliau, gerakan sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan UMNO sebaliknya akan melebarkan lagi jurang pepercahan.
"Apa motif pihak penganjur mengadakan ceramah itu dengan menjadikan Dr. Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO," katanya.
Beliau mengulas laporan portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com yang melaporkan Dr. Mahathir memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran Najib melalui siri jelajah.
Portal berita tersebut melaporkan sebagai berita utama bahawa bukan lagi di blog, ia sudah bermula Sabtu lalu apabila Dr. Mahathir hadir di sebuah dewan di Hulu Kelang.
Mengulas lanjut, Syed Ali percaya penganjuran siri jelajah tersebut tidak membabitkan pemimpin UMNO sebaliknya didalangi oleh pihak tertentu yang memusuhi Najib.
"Sukar untuk saya terima jika Dr.Mahathir sanggup membiarkan dirinya diperalatkan oleh pihak tertentu menerusi siri jelajah tersebut," tegasnya.
Sebagai pemimpin UMNO, beliau kesal kerana penganjuran majlis seperti itu hanya akan menyaksikan permusuhan yang semakin ketara antara Dr. Mahathir dengan Najib.
"Saya hanya berharap isu melibatkan kedua pemimpin itu dapat diselesaikan sebaik mungkin demi kepentingan orang Melayu, ahli-ahlli UMNO dan negara secara keseluruhannya," tegas beliau.
Syed Ali mengulangi pendiriannya bahawa ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi tetap menyokong kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan presiden parti.
"Mengapa ahli-ahli UMNO perlu diheret dalam kemelut itu sedangkan mereka tetap berkeyakinan bahawa Najib merupakan presiden parti dan Perdana Menteri yang perlu diberikan sokongan sepenuhnya," katanya.
Manakala Dr. Mahathir pula ujar beliau, tetap akan disanjung oleh ahli-ahli UMNO kerana pengorbanan, jasa dan sumbangannya amat besar terhadap pembangunan rakyat dan negara ini.
"Oleh kerana kedua mereka merupakan aset penting kepada UMNO, rasanya adalah lebih molek jika jalan perdamaian dapat dilakukan.
Mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim yang mendakwa Tan Seri Muhyiddin Yassin tidak berkeupayaan memegang jawatan Perdana Menteri dan hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi pilihan Dr. Mahathir, Syed Ali menegaskan : "Ini satu lagi batu api untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.
Beliau menyelar Zahid yang disifatkannya sebagai sengaja mencipta isu untuk meraih populariti murahan di atas kemelut hubungan Dr. Mahathir dan Najib.
"Orang seperti ini tidak perlu dilayan sangat, lagi pun dia sudah dipecat daripada UMNO, masuk PKR, kemudian lompat keluar, inilah manusia yang tak ada prinsip perjuangan," tegasnya.
Rasanya Tun M tak sebodoh mcm yg DS bygkan tu. Dia lebih masak dr kita semua dlm bab politik ni. Dia tak akan bising kalau tak da bukti. Lagi pun dgn 3 juta lebih saja ahli UMNO boleh memenangkan UMNO ka dlm PRU tanpa undi kami melayu yg atas pagar ni. Pemimpin kena sedar yg kami rakyat marhean ni tadak lah sebodoh seperti yg pemimpin UMNO sangka. Cucuk-cukuplah memperbodohkan bangsa sendiri.
BalasPadamhabis kandang penuh dgn palitan. Tapi masih jugak salahkan orang luar yg dipersalahkan? itulah manusia. Takut dgn bayang sendiri.
BalasPadam