
KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa hubungan PAS-DAP semakin kritikal dan tiada lagi jalan penyelesaian untuk kedua parti itu kembali pulih seperti sediakala.
Ini katanya, PAS perlu berpegang kepada prinsip dan perjuangannya untuk menegakkan hukum hudud manakala DAP tetap menentang cadangan tersebut.
"PAS dituntut nyatakan pendirian mereka, DAP secara terbuka tentang hukum al-Quran, tetapi mengapa PAS masih teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan parti rasis itu," tegasnya.
"PAS perlu buktikan mereka boleh bersendirian untuk melaksanakan hukum hudud.
Sekarang ujar beliau, terpulang kepada PAS sama ada untuk mengutamakan kuasa politik yang dikongsi bersama DAP atau bertegas menegakkan hukum hudud seperti yang dicadangkan.
Tambah beliau, PAS semakin tersepit apabila sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR juga turut memihak kepada DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.
"Tidak ada penyelesaian untuk mereka berbaik, PAS terpaksa meninggalkan PR sepertimana yang didesak DAP dan PKR," katanya.
Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa PAS tidak perlu bermain tarik tali dengan DAP bersabit cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelatan.
"PAS kena buktikan mereka berjuang kerana Islam, bukannya kerana kuasa," katanya.
Syed Ali turut mendakwa, PR kini ibarat 'retak menunggu belah' dan sewajarnya pakatan tersebut dibubarkan.
"PR bukannya satun pakatan yang dimeteraikan atas semangat permuafakatan untuk rakyat, tetapi sekadar ikatan politik untuk menumbangkan BN dan UMNO," ujarnya.
Ikatan sekutu politik dalam PR katanya, terlalu longgar dan tidak bersandarkan kepada kepentingan umum.
"Sesama mereka ada agenda masing-masing dan DAP begitu menonjol memperjuangkan kepentingan satu kaum (rasis).
Beliau menjangkakan PR akan berkubur sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Syed Ali menyatakan demikian susulan kenyataan Prsiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kepada media di Parlimen pagi tadi (Isnin) bahawa beliau tidak pasti masa depan PR.
Hadi berkata ini berikutan krisis semakin meruncing antara komponen PR ekoran isu rang undang-undang persendirian hudud yang cuba di bawa oleh PAS ke Parlimen.
Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan menjelaskan, PAS sebenarnya tidak berperanan dalam PR.
"PAS sekadar menumpang periuk PR, segala-galanya didominasi oleh DAP dan PKR," katanya.
Beliau menambah, PAS juga selama ini tidak mempunyai suara menentukan halatuju PR kerana tidak berani meyanggah setiap keputusan dibuat oleh DAP.
Sehubungan itu katanya, masa sekarang adalah waktu paling sesuai untuk PAS berpisah dengan DAP dan seterusnya meninggalkan PR.
"PAS tidak perlu tunggu sehingga PR berkubur, sekarang inilah yang terbaik dengan berpegang kepada isu hudud," tegasnya.
Menurut beliau lagi, PAS juga tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh UMNO menolak pelaksanaan hukum hudud kerana cadangan tersebut turut disokong oleh parti itu.
PAS sekadar menumpang periuk PR
"Kita (UMNO) sokong cadangan itu seperti yang berlaku di Kelantan, tetapi sekutu mereka dalam PR, khususnya PKR menentang cadangan tersebut.
Dalam hal ini kata Syed Ali, PAS sepatutnya sudah sedar betapa sekutu mereka tidak pernah jujur dan hanya mementingkan agenda politik masing-masing.
"PAS juga sepatutnya sedarkan ahli mereka, betapa pemimpin Islam dalam PKR tolak hudud, ini yang kena mereka jelaskan kepada akar umbi," tegasnya.
PAS ujar beliau lagi, tidak perlu berbohong untuk menyatakan PKR dan DAP memihak kepada mereka.

PAS dah besar kemaluannya tanpa telur maka tu yang dah tk tentu hala jadinya
BalasPadam