RAKYAT Malaysia berdiri
teguh di belakang pasukan polis dalam menangani perhimpunan haram, hasutan dan
provokasi jahat pembangkang yang berusaha menjatuhklan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak secara tidak bertamadun.
“Kita menyokong penuh apa
sahaja tindakan pihak polis bagi membenteras kumpulan liar yang sengaja
mencabul undang-undang demi memelihara kemanan negara,” tegas Ketua UMNO
Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Beliau menyelar kumpulan
pro-pembangkang termasuk wakil-wakil rakyat yang seolah-olah meletakkan sistem perundangan
negara ini sebagai ‘hukum rimba’.
“Kumpulan ini sebenarnya pengacau
kepada keamanan negara dan saya menyokong penuh tindakan polis memberkas dan
menyumbat mereka ke dalam penjara,” tegasnya.
“Ini bukan soal Najib dan
kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO, tetapi ini soal keamaman. Cara pembangkang mengetepikan
undang-undang dan melakukan hasutan amat dikesali.
Perbuatan jahat ini kata
beliau, jika tidak ditangani secara tegas dikhuatiri akan memudharatkan
keamanan negara dan kesejahteranan hidup rakyat berbilang kaum.
Katanya, kumpulan pro-pembangkang
secara jelas cuba merosakkan kemananan negara dan sewajarnya dikenakan tindakan undang-undang termasuk direman atau dipenjara tanpa mengira status atau kedudukan mereka.
“Mereka langgar undang-undang,
seolah-olah negara ini kepunyaan mereka sehingga mengganas di jalanan seperti
manusia tidak bertamadun,” tegasnya lagi.
Syed Ali mengalu-alukan ketegasan
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar terhadap individu atau
kumpulan yang secara sengaja melanggar undang-undang sedia ada.
“Ada segelintir pihak yang
buat desakan supaya Khalid dipecat, tetapi saya nak ingatkan mereka, KPN telah melakukan tanggungjawab beliau dengan baik demi rakyat dan negara,” tegasnya.
“Jangan hanya kerana
desakan segelintir puak yang tidak bertamadun itu, kita nak pecat Khalid, ini
semua kerja gila dan tidak masuk akal, kita (UMNO) tetap mempertahankan Khalid
sebagai KPN.
Justeru tegas beliau, Khalid
tidak perlu berasa khuatir ekoran tindakan tegasnya itu kerana majoriti rakyat
Malaysia menyokong pihak polis.
Beliau menjelaskan, polis
tidak bermain politik dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan atau individu
sama ada di pihak pemerintah atau oposisi.
“Tugas polis adalah
menjaga dan memelihara kemananan negara, mana-mana pengacau dan penghasut yang
cuba mencetuskan kacau bilau bersedia berdepan dengan undang-undang,” tegasnya.
“Majoriti rakyat negara ini
cintakan keamanan, mereka sokong pihak polis tangani perbuatan jahat pembangkang,
cuma segelintir yang buat masalah dan polis tidak perlu bertolak ansur,,”
katanya.
Beliau kesal kerana
individu dan pemimpin pembangkang semakin bertindak liar dengan melakukan pelbagai
provokasi, perhimpunan haram dan hasutan supaya rakyat menyebelahi mereka.
Pertahankan Khalid sebagai KPN
Agenda pro pembangkang itu
kata beliau, hanya mahu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara
dan menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib secara bertentangan dengan prinsip
demokrasi.
“Hanya dua sebab itu
sahaja, tetapi mereka putarbelitkan pelbagai isu dengan fitnah dan hasutan
termasuk mengadakan perhimpunan secara haram di jalanan.
Beliau menjelaskan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah disabitkan bersalah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat dan terpaksa
meringkuk di penjara Sungai Buloh.
Tambahnya, tidak ada
mana-mana individu termasuk Anwar yang kebal daripada undang-undang negara ini
dan Ketua Pembangkang itu sepatutnya redha dengan hukuman tersebut.
Syed Ali mendakwa, Anwar
dilihat seolah-olah seperti cuba melawan takdir Allah S.W.T. sehigga terpaksa
mengapi-apikan pengikutnya berdemontrasi di jalanan.
“Anwar sendiri yang buat
onar dan bersalah meliwat, maka terimalah hukuman (dipenjarakan), tak perlu nak
hasut rakyat kononnya dia tidak bersalah,” ujarnya.
Menurut beliau lagi,
sebenarnya pembangkang sudah kehabisan modal untuk mempengaruhi rakyat agar
menyokong gerakan mereka menjatuhkan kerajaan BN dan pentadbiran Najib.
Oleh sebab itu katanya,
kaedah terbaru yang digunakan sekarang ini ialah menyerang Naiib dan keluarga
dengan pelbagai fitnah termasuk majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.
“Pembangkang ajak
segelintir penyokong mereka buat kacau di jalanan, lemparkan fitnah dan prvokasi
serta mencerca majlis perkahwinan anak Najib, ini bukan perangai dan budaya orang Melayu.
“Apa kena mengenai dengan
perkahwinan tersebut (anak Perdana Menteri)? soal beliau sambil menegaskan
perbuatan tidak bertamadun pembangkang berarak dijalanan hanya akan
menjejeaskan ketenteraman awam.
“Ini menunjukkan pemimpin
parti pembangkang terutama penyokong tegar Anwar berniat jahat dan
tidak pernah berfikiran secara rasional," katanya.
"Niat mereka nak rosakkan keamanan negara, mereka halalkan cara dan cabul undang-undang serta memperlekehkan pasukan polis.
Sehubungan itu kata beliau,
apabila polis bertindak tegas golongan pengacau ini mula mengalih perhatian
dengan menuduh pasukan polis zalim.
Sebaliknya ujar beliau,
pembangkang di negara ini tidak mempunyai niat untuk bersama-sama membangunkan
negara dan rakyat.
“Mereka hanya inginkan
kuasa politik walaupun dengan cara tidak mengikut saluran yang diharuskan
menerusi demokrasi dengan cara sistem pilihan raya.
Oleh sebab itu katanya,
golongan ini sanggup merusuh di jalanan, membudayakan amalan fitnah, adu domba
dan provokasi yang kesemuanya bertentangan dengan tata susila masyarakat bermoral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan