KUALA LUMPUR, 7 MAC : Pihak pengurusan dan
Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (IMDB) perlu bertanggungjawab terhadap
segala hutang piutang 1MDB yang telah mencecah RM42 Bilion.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee menegaskan ini bukan masalah kerajaan, kabinet atau Perdana Menteri. Ini
melibatkan masalah pengurusan pihak yang terbabit menguruskan dana awam tersebut.
Katanya, mana-mana pihak yang didapati menyebabkan
kerugian kepada 1MDB tindakan perlu diambil terhadap mereka. Beliau amat
bersetuju kerajaan tidak perlu ‘bail out’ 1MDB. Ini adalah kerana duit kerajaan
adalah duit rakyat.
“Saya menasihatkan mana-mana pihak agar jangan mengaitkan
IMDB dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena
dengan sebarang urusniaga sama ada memberikan keuntungan dan kerugian kepada
dana tersebut.
“Sebaliknya pihak pengurusan dan Ahli Lembaga
Pengarah 1MDB kena tampil memberikan jawapan dan penjelasan bagaimana urusniaga
dijalankan sehingga menanggung kerugian sebanyak itu. Mereka kena tampil
memberitahu bagaimana dana awam tersebut diuruskan.
“Tindakan mengaitkan Perdana Menteri dalam isu
kerugian 1MDB jelas bermotif fitnah dan seolah-olah mahu memberikan gambaran
kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.
Padahal pihak pengurusan 1MDB yang perlu dipertanggungjawabkan dalam urusniaga
syarikat terbabit,” katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang usaha menangani isu 1MDB tidak wajar
melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan
dana awam.
Kata Muhyiddin, Lembaga Pengarah 1MDB perlu
memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak
memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.
Menurut Syed Ali, pihaknya menyokong saranan Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan untuk menutup mulut sesetengah pihak tidak
bertanggungjawab yang cuba mencari ‘kambing hitam’ atau meletakkan kerugian
1MDB kepada Perdana Menteri.
“Bagi saya pihak pengurusan 1MDB jangan berlepas
tangan dalam perkara ini. Mereka kena bertanggungjawab selepas pelbagai pihak
termasuk pembangkang mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Tentulah tidak wajar
kita meletakkan semua kesalahan kepada Perdana Menteri sedangkan pihak 1MDB
tidak dirujuk,” kata Syed Ali.
Pada Rabu lalu, kabinet sudah diberikan taklimat
oleh 1MDB dan Deloitte berkenaan beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana
syarikat tersebut.
Sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak
sudah mengarahkan Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB dan menyerahkan laporannya
kepada PAC untuk diteliti.
“Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan
secara menyeluruh sangat penting untuk membersihkan nama baik dana pelaburan
strategik milik kerajaan daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah
laku,” katanya.
Syed Ali turut melahirkan rasa kesal tindakan
sesetengah pihak tidak sudah-sudah meletakkan kesalahan kepada Perdana Menteri
padahal perkara itu sepatutnya dirujuk kepada pihak pengurusan dan Lembaga
Pengarah 1MDB.
“Mana adil pihak berkenaan mahu menyalahkan
Datuk Seri Najib? Sedangkan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB senang-senang menerima gaji
dan elaun bulanan. Mereka kena mengambil responsibility atas semua dakwaan yang
dibuat terhadap 1MDB. Jangan hanya mahu melepaskan tengkuk masing-masing,”
katanya.
Syed Ali turut menyelar mana-mana pihak yang
sentiasa mahu meletakkan kesalahan kepada bahu Perdana Menteri dalam semua
perkara termasuk dalam urusan syarikat 1MDB.
“Apa gunanya ada pihak pengurusan dan Ahli
Lembaga Pengarah 1MDB kalau semua kelemahan berkaitan kerugian atau
penyelewengan sekalipun kena ditanggung oleh Perdana Menteri,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan