KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar
pembangkang yang sengaja mengundang kuasa asing campur tangan dalam negara ini.
Katanya, perbuatan manadah
tangan itu hanya akan mengundang kehancuran negara ini.
Tanpa berselindung beliau
berkata Malaysia akan porak-peranda sepertimana berlaku di beberapa buah negara di Asia
Barat akibat campur tangan Amerika Syarikat (AS).
Katanya, beberapa negara Islam
seperti Mesir, Syria, Iraq dan Yaman bergolak akibat campurtangan kuasa asing
khususnya AS.
Beliau berkata, rakyat di
negara berkenaan kini bertelagah dan berperang sesama sendiri akibat percaturan
politik kuasa asing.
Menurutnya, beberapa negara
Islam di Asia Barat bergolak dan ini
mungkin boleh berlaku di Malaysia jika kita sengaja membiarkan campur tangan kuasa
asing.
“Hari ini, pembangkang di
negara kita pula yang sengaja menadah tangan minta AS campur tangan dalam petisyen
untuk bebaskan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabit
bersalah meliwat,” tegasnya.
Tindakan pembangkang ujar
beliau, hanya mengutamakan kepentingan individu tertentu tanpa mengambilkira
masa depan raktyat negara ini.
“Ianya satu perbuatan terkutuk,
menadah tangan kepada AS untuk bebaskan seorang banduan yang didapati bersalah oleh mahkamah,”
ujarnya.
Beliau mengingatkan, perbuatan
tersebut mencabuli kebebasan perundangan negara ini.
Syed Ali berkata, kebimbangan
campur tangan daripada AS perlu dilihat bukan sekadar untuk membebaskan Anwar
tetapi lebih daripada itu.
“Kita tidak tahu apa agenda mereka sebenarnya,
kemungkinan ini permulaan untuk hancurkan Malaysia, sebuah negara Islam dan majoriti
penduduknya orang Melayu,” tegasnya.
Secara kebetulan pula ujar
beliau, orang Melayu merupakan majoriti penganut Islam dan cara untuk meruntuhkan
syariat Islam di negara ini ialah terlebih dahulu menghapuskan kekuasaan orang
Melayu.
“Apabila orang Melayu hancur
kedudukannya, secara tidak langsung Islam akan turut runtuh, inilah agenda
musuh Islam,” tegasnya.
Beliau mendakwa, hanya Malaysia yang
masih kekal sebagai sebuah negara di rantau Asia Tenggara yang masih menjunjung syariat
Islam termasuk Brunei.
“Kita kena pandang jauh, apa
mala petaka akan berlaku bila ada satu kumpulan yang mahu kuasa asing campur
tangan dalam negara ini,” katanya.
Sehubungan itu tegas beliau,
orang Melayu dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan perlu menolak sebarang
usaha campur tangan kuasa asing.
“Ini bukan kisah politik liwat
Anwar, ini masalah dan masa depan rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.
Beliau mengulas berhubung petisyen
menuntut kebabasan Anwar secara atas talian di laman sesawang White House yang dipelopori oleh pihak pembangkang.
Petisyen tersebut dimulakan
oleh bekas Duta AS ke Malaysia, John R Malott yang secara tidak langsung mahu
Presiden Barack Obama campur tangan.
Syed Ali berkata, pembangkang
sepatutnya belajar menerima kenyataan bahawa Anwar yang juga Ahli Parlimen
Permatang Pauh telah didapati bersalah oleh mahkamah.
“Apakah jika Anwar bebas, maka
mereka akan mengatakan sistem kehakiman di Malaysia adil dan saksama,”? soal
beliau.
Anwar tambah Syed Ali lagi, kini merupakan
seorang banduan yang perlu patuh kepada peraturan dan prosedur penjara.
“Tidak ada keistimewaan buat banduan seperti Anwar, dia bukan dewa,” katanya mengulangi kenyataan beliau semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan
Amerika Syarikat di Kuala Lumpur semalam menampilkan lebih banyak penerangan
terhadap penipuan dalam petisyen menolak campur tangan negara itu dalam kes
liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kedutaan tersebut, lebih 60,000 pempetisyen sebenarnya menggunakan “e-mel pakai buang”.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan