Halaman

Khamis, 12 Mac 2015

Syed Ali : Jangan salah faham kenyataan PM berkenaan hutang luar negara


DATUK Seri Syed Alhabshee
mengingatkan rakyat agar tidak menyalah ertikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam berkenaan jumlah hutang luar negara yang meningkat tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM740 bilion pada tahun 2014, berbanding RM196 bilion (2013).

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, rakyat tidak sewajarnya membuat andaian dan tohmohan melulu berikutan peningkatan hutang tersebut yang dilihat terlalu banyak dalam jangkamasa setahun.

"Jangan kita terikut-ikut dengan rentak dan tuduhan pembangkang terhadap Perdana Menetri tanpa asas dan bukti yang kukuh," tegasnya.

Beliau menjelaskan, rakyat perlu memahami bahawa hutang luar negara merupakan hutang yang diambil di dalam matawang selain Ringgit Malaysia, iaitu Euro, Dollar, Pounds dan Yen daripada bank luar negara, kerajaan luar serta institusi kewangan seperti IMF dan Bank Dunia.

Malah katanya, hutang luar negara juga bukan sahaja hutang kerajaan tetapi hutang yang diambil oleh syarikat awam, swasta dan individu.

"Hutang luar negara bukan bermakna 100 peratus hutang kerajaan semata-mata," tegasnya sambil menolak tuduhan pembangkang kononnya pentadbiran Najib dibebani dengan hutang luar negara.

Menurut Syed Ali, peningkatan hutang luar negara kerana perubahan definasi dalam laporan kewangan negara telah berubah.

Dahulu jelas beliau, hutang luar negara merangkumi hutang yang ditanggung oleh kerajaan dan sektor swasta tetapi sekarang turut membabitkan hutang yang dijamin kerajaan termasuk sekuriti ringgit seperti bon dan sukuk.

"Rakyat boleh bandingkan hutang luar negara dengan beberapa negara jiran seperti Singapura di mana hutang luar negara republik berkenaan adalah sebanyak RM3.13 bilion dan Indonesia sebanyak RM927 bilion," katanya.

"Ini belum lagi negara-negara seperti Jerman, Jepun, Perancis dan United Kingdom yang mempunyai hutang luar negara yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Syed Ali menjelaskan, kenaikan hutang luar negara kerana definasi hutang yang diperluaskan dan ianya merupakan hutang semua pihak.

Menurut laporan, pada tahun 2014, hutang Malaysia adalah sebanyak RM582.8 bilion. Daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM566.1 bilion adalah hutang dalam negara dan selebihnya, iaitu RM16.8 bilion (2.9 peratus) merupakan hutang kerajaan di luar negara.

"Jumlah tersebut tidaklah tinggi dan masih berada ditahap stabil untuk negara seperti Malaysia," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan