DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon agar tidak menjadi 'batu api' dalam isu memboikot peniaga Cina di negaran ini.
"Saya nak beritahu Ketua Pemuda MCA, jangan cuba nak bersekongkol dengan golongan peniaga Cina yang enggan turunkan harga, golongan yang menindas kehidupan rakyat," tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, selaku rakan dalam Barisan Nasional (BN), MCA sepatutnya menunjukkan sikap rasional dalam isu ini dan menjurus kepada kepentingan semua kaum.
"Saya ingatkan Chong Sin Woon, jangan cuba nak jadi batu api, jangan berlagak juara kepada orang Cina, ini soal kepentingan (harga barang) rakyat pelbagai kaum, tidak kira Melayu, Cina atau India," tegasnya.
Beliau kesal MCA senada dengan DAP melemparkan kecaman melulu terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tanpa melihat secara positif disebalik isu tersebut.
Katanya, menteri berkenaan melontarkan pandangan hanya cara memboikot peniaga Cina merupakan jalan terbaik mengajar mereka supaya menurunkan harga barang bagi meringankan beban rakyat.
Beliau berkata, Chong Sin Woon sepatutnya lebih memahami bahawa cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu supaya pengguna memboikot peniaga Cina bukan bermakna mengajak orang Melayu membenci kaum tersebut.
"Mengapa dia tak faham atau sengaja buat tak faham, Ismail Sabri tak ajak orang Melayu supaya benci orang Cina, hanya boikot barangan mereka (peniaga), itu saja," tegasnya.
Tambah Syed Ali, tuduhan sesetengah pihak termasuk MCA kononnya Ismail Sabri sengaja meniupkan sentimen perkauman sebagai tidak berasas malah diputarbelitkan.
"Ismail Sabri tidak hasut orang Melayu supaya membenci orang Cina seperti yang didakwa oleh DAP dan MCA, sebalikinya mencadangkan supaya rakyat memboikot peniaga Cina," tegasnya.
Katanya, saranan tersebut kerana peniaga dan pemborong Cina yang menguasai ekonomi negara ini enggan menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak baru-baru ini.
Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum terutama golongan berpendapatan rendah merungut dan tertekan dengan harga barangan yang masih tidak turun walaupun harga minyak di pasaran dunia mengalami kejatuhan.
"Ini adalah untuk kepentingan rakyat semua kaum, kita tahu ekonomi negara kita dikawal oleh peniaga Cina, jadi jika mereka berdegil tidak mahu menurunkan harga maka langkah terbaik ialah memboikot barangan mereka," tegasnya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda MCA itu mempersoalkan kesesuaian Ismail Sabri sebagai anggota kabinet dan mendesak supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sebelum ini, Ketua Pemuda MCA itu mempersoalkan kesesuaian Ismail Sabri sebagai anggota kabinet dan mendesak supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong
dilaporkan akan membangkitkan isu kenyataan Ismail Sabri ke mesyuarat kabinet hari ini (Rabu) sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, pemimpin MCA itu sepatutnya terlebih dahulu mendapat penjelasan penuh daripada Ismail Sabri berhubung kenyataan tersebut.
"Mengapa pemimpin MCA berlagak seperti DAP, seolah-olah mereka cuba menjadi jaguh kepada kepentingan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga," tegasnya.
Wee Ka Siong menerusi sebuah portal berita, dilaporkan berkata tindakan itu disuarakan bagi mendapatkan penjelasan daripada Ismail berhubung kenyataannya yang meminta semua pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
Malah beliau juga
menyifatkan kenyataan Ismail itu berbau perkauman yang boleh menjejaskan
keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan