Halaman

Selasa, 3 Februari 2015

Kit Siang Kena Cermin Muka Sebelum Arah Najib ‘Tendang’ Ismail Sabri – Syed Ali


KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI : Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang disaran cermin muka sebelum mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menendang keluar Menteri Pertanian Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan isu memboikot peniaga Cina yang menaikkan harga barang di saat harga minyak menunjukkan trend penurunan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebagai menjawab kenyataan Lim Kit Siang dalam portal berita Freemalaysiatoday (FMT). Kata Syed Ali, Lim Kit Siang sepatutnya mencermin partinya (DAP) yang sering membawa isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit sebelum mahu mencampuri urusan menteri kabinet. Sepatutnya Lim Kit Siang seharusnya ditendang keluar dari DAP kerana merupakan bapak perkauman.

“Saya mahu tanya di sini siapa Lim Kit Siang mahu mengarahkan Najib menendang Ismail Sabri? Tak malukah jaga tepi kain orang? Sepatutnya Lim Kit Siang yang seharusnya ditendang keluar dari DAP kerana merupakan bapak perkauman tegar di negara ini yang sering membakar api kebencian masyarakat Cina kepada orang Melayu.

“Kenapa dia naik berang dengan isu memboikot peniaga Cina yang berdegil menaikkan harga barangan ini? Apakah tindakan Lim Kit Siang yang selama ini memberikan ceramah kepada orang Cina supaya membenci orang Melayu dan menolak hukum hudud tidak bersifat perkauman?

“Saya mahu mengingatkan Lim Kit Siang dan pemimpin DAP terutamanya agar jangan cuba membakar kemarahan rakyat dengan kenyataan-kenyataan politik jalanan bersifat sampah. Lim Kit Siang tidak layak memberi arahan kepada Perdana Menteri dalam keadaan DAP sendiri suka memecahbelahkan rakyat dengan isu perkauman dan keagamaan yang sempit,” katanya.

Syed Ali menjelaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan DAP menjadi dalang dalam memecahbelahkan hubungan baik yang selama ini terjalin di antara orang Melayu dan Cina di negara ini dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang hanya menguntungkan parti pembangkang itu. 

“Lim Kit Siang jangan anggap dia boleh memperbodohkan pemimpin UMNO dengan permainan politik liciknya. Bagi saya acuan politik DAP tidak sesuai dipraktikkan dan diguna pakai di negara ini yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama. Pendekatan politik DAP jika tidak dibendung boleh mengancam keselamatan negara. Saya melihat DAP bukan sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina sebaliknya adalah sebuah parti yang melaga-lagakan antara kaum,” kata Syed Ali.

Tambah Syed Ali, sepatutnya Lim Kit Siang jangan masuk campur sebarang urusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang selama ini berjaya memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. Ternyata hanya BN sahaja parti yang mempunyai ‘track record’ yang baik dalam menyatu rakyat dan negara.

Sebaliknya apa yang perlu dilakukan oleh Lim Kit Siang adalah menasihatkan segelintir kaum Itu agar menghormati budaya, agama dan perlembagaan negara ini. Sebelum Lim Kit Siang mahu mencampuri urusan kerajaan, terlebih dahulu Lim Kit Siang membersihkan parti itu dari sikap rasis yang agak keterlaluan serta tidak sesuai diamalkan di negara ini.

“Cukup–cukuplah tindakan menghina institusi istana, mempermainkan lagu NegaraKu, menghina pemimpin negara oleh segelintir kaum itu, jangan DAP mahu mengapi-apikan rakyat dengan isu pemboikotan  peniaga yang menaikkan harga barangan ini.

“UMNO Bahagian Cheras menyokong penuh Ketua Polis Negara yang akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak cuba mengkucar kacirkan keharmonjan rakyat pelbagai kaum dengan membesar-besarkan isu pemboikotan peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barangan ini. Apa yang saya harapkan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dari isu ini,” katanya.

2 ulasan:

  1. Tidak pernah pun Bapa Komunis Lim memberi komen apabila ada kaum Cina membuat kenyatan rasis. Dan apa jasa Bapa Komunis kepada Malaysia sejak tahun 1969 sehingga sekarang melainkan memecahbelahkan keharmonian negara???

    BalasPadam
  2. memang betul tu... masih terngiang2 di telinga dgn kata2 bapak segala kominis ni nak halau & maki hamun melayu...dari bumi yang dia tumpang ni!!!

    BalasPadam