Halaman

Isnin, 5 Januari 2015

Tidak lawat mangsa banjir : Syed Ali tampil pertahankan Rosmah jadi mangsa fitnah


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee tampil membela Datin Seri Rosmah Mansor yang terus menjadi kecaman sesetengah pihak berikutan isteri Perdana Menteri tidak melawat mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahgaian Cheras itu berkata, pihak tertentu sengaja menjadikan ketiadaan Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak melawat mangsa banjir sebagai isu politik.

"Mereka menyerang Rosmah dengan dakwaan tidak prihatin masalah rakyat dan isu tersebut sengaja diperbesarkan," tegasnya.

Beliau menyifatkan golongan berkenaan sebagai 'manusia tidak ada akal' kerana hanya tahu mencari kesilapan orang lain.

"Mereka ini tak ada fikiran, hanya tahu cari kesilapan orang lain, tabur fitnah dan buat gosip yang tidak berasas," tegasnya.

Golongan penyebar fitnah ini kata beliau, tidak takut kepada pembalasan Allah S.W.T. kerana berburuk sangka dan menabur fitnah adalah satu dosa.

Syed Ali mempersoalkan kenapa hanya Rosmah yang menjadi mangsa kecaman hanya kerana tidak berkesempatan melawat mangsa bencana banjir.

Beliau menempelak pihak berkenaan kerana apa sahaja dilakukan oleh Rosmah akan dianggap sebagai tidak betul.

"Kalau Rosmah ikut Najib lawat mangsa banjir, akan difitnah kononnya isteri Perdana Menteri cari publisiti, kalau tak turun pula dituduh beliau tidak cakna kepada rakyat," tegasnya.

Katanya, apa sahaja yang dilakukan oleh Rosmah akan dianggap sebagai tidak betul kerana pihak berkenaan terutama pembangkang sudah dirasuk sifat kebencian melampau.

"Sifat kebencian itulah juga yang menjadikan pembangkang hanya tahu mencari salah orang lain sedangkan mereka sendiri tidak ada alternatif menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau kesal kerana Rosmah sentiasa menjadi 'target' pembangkang dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)..

Simpati terhadap Rosmah yang menjadi mangsa fitnah, Syed Ali menegaskan mempertahankan isteri Perdana Menteri bukan bermakna satu tindakan tidak berasas

"Sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara, kita sepatutnya mempertahankan beliau, bukan berdiam diri membiarkan menjadi mangsa fitnah pembangkang," katanya.

Lagipun kata beliau, ketiadaan Rosmah di Kelantan, Terengganu dan Pahang semasa Perdana Menteri melawat mangsa banjir hanya diperbesar oleh pihak pembangkang.

"Mereka eksploitasikan keadaan dan  sekaligus menutup kepincangan pembangkang terutama Presiden PKR, Datin Seri Wan Aziziah Ismail yang juga tidak menjenguk muka melawat mangsa bannir.

Katanya, mereka yang berhati busuk ini hanya memutarbelitkan fakta bagi menjayakan agenda politik mereka.

Beliau berkata, walaupun Rosmah tidak menjenguk mangsa banjir tetapi percaya isteri Perdana Menteri amat prihatin dan mengikuti perkembangan yang berlaku.

7 ulasan:

  1. semua orang bagi pahala free kat rosmah

    BalasPadam
  2. dol nk komen chek dulu mana rosmah berada ketika itu

    BalasPadam
  3. Tak perlu komen Rosmah la. Tu pemimpin Pakatan Haramjadah ... banjir kat kawasan sendiri turun ke tengok?

    Skrg ni negara menghadapi bencana banjir, ada terfikir ke nak balik? Pemimpin Pakatan yg banyak komen mana?

    Kata nak jadi PM tapi jiwa sebagai wakil rakyat pun tak ada. Ptuuiihh.

    BalasPadam
  4. Orang dah tak suka, tak perlulah DS Rosmah pergi. Biarlah dia orang mengata. Kalau pergi pun mereka mengutuk, mereka mengata juga. DS Rosmah bukan wakil rakyat. Suami dia dah pergi sudahlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa salahnya suami bawa Isteri sekali, sebenarnya takde isu pun tapi puak pembangkang sengaja buat isu, kenapa tak besarkan Isu Bini Anwar Ibrahim gila nk jadi MB..

      Padam
  5. PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYATNYA TIDAK AKAN MASUK SYURGA HADIS SAHIH.

    BalasPadam
  6. Kalau di senaraikan nama nama pembangkang yg bercuti semasa negara dlm masalah rasanyer jam terus memory hand phone...kalau diberi peluang berhadapan dgn org2 mcm ni bagus gak leh kita terangkan ttg kehidupan sebagai rakyat dan manusia...

    BalasPadam