Halaman

Selasa, 6 Januari 2015

Mereka ‘menyalak’ kritik Najib, tetapi apa sumbangan mereka kepada negara ? – Syed Ali



KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan mentaliti pembangkang hanya tahu ‘menyalak’  berhubung isu percutian Datuk Seri Najib Tun Razak di Hawai baru-baru ini.

Beliau berkata, pembangkang termasuk mereka yang gemar mengkritik Perdana Menteri tidak pernah memikirkan kepentingan orang lain.

Katanya, seperti orang lain, Najib juga mempunyai hak untuk bercuti ke mana sahaja bersama keluarga dan tidak sepatutnya menjadi pertikaian.

Lagipun jelas beliau, percutian mana-mana pemimpin negara termasuk menteri kebinet merupakan perkara biasa.

“Soal menggunakan pesawat khas bukannya isu besar, sengaja diperbesarkan oleh mereka yang suka membuat onar politik untuk memburukan  kerajaan,” katanya.

“Mengapa percutian Najib dijadikan isu dan dipolitikkan menerusi laman-laman sosial, ini menunjukkan mentaliti mereka rosak dan hanya tahu mencari kesalahan orang lain,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, walaupun bercuti tetapi Perdana Menteri mengambil kesempatan bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama atas dasar hubungan diplomatik antara kedua negara.

"Mengapa terlalu bodoh untuk melihat kepada kebenaran, apakah salahnya Najib bertemu Obama, ini soal dasar luar negara," katanya.

Dalam hal ini katanya, pembangkang sepatutnya berterima kasih kepada Najib kerana walau pun dalam masa percutian tetapi masih tetap menjalankan tugasan negara.

Tambah Syed lagi, beliau difahamkan  percutian Perdana Menteri bersama keluarga telah dirancang terlebih awal.

“Secara kebetulan dalam masa percutian itu negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir besar maka Najib sanggup bergegas pulang ke tanahair dengan meninggalkan keluarga di luar negara,” katanya.

Dalam hal ini menurut beliau, rakyat sepatutnya berfikir apa perasaan keluarganya yang terpaksa meneruskan percutian tanpa Najib.

Sebagai isteri katanya, Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa menguruskan percutian tersebut tanpa suami.

“Kita sendiri boleh bayangkan bagaimana perasaan mereka, tetapi mereka redha kerana faham tugas Najib selaku Perdana Menteri yang perlu bersama rakyat yang dilanda musibah banjir,” katanya.

“Cuma yang tidak faham dan mereka yang berfikiran bodoh sahaja yang suka membuat andaian buruk dan memfitnah keluarga Perdana Menteri.

Menurut Syed Ali lagi, Najib boleh mengambil keputusan untuk meneruskan percutian bersama keluarga dan tidak perlu bergegas pulang kerana tugasnya dilaksanakan dengan baik oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menetri.

“Apakah Muhyiddin tidak mampu ? Muhyiddin berkeupayaan untuk menangani masalah bancir bersama jemaah menteri yang ada,” tegasnya.

Katanya, ketiadaan Najib bukan isu besar kerana tugasannya semasa percutian telah diselaraskan dengan Timbalan Perdana Menteri,” tegasnya.

Bagaimanapun jelas beliau, atas dasar tanggungjawab dan mendahulukan kepentingan rakyat Najib sanggup pulang ke tanahair walaupun dalam tempoh bercuti.

Sehubungan itu katanya, soal penggunaan pesawat eksekutif yang membawa Najib dan keluarga bukannya satu isu besar dan perlu dipertikaikan.

“Penggunaan pesawat  tersebut telah diluluskan oleh kerajaan dan selaku ketua negara ianya bukan satu kesalahan menggunakannya bersama keluarga,” tegasnya.

Sebenarnya kata beliau, percutian Perdana Menteri dan penggunaan pesawat tersebut sengaja dijadikan isu politik oleh pembangkang.

"Pembangkang sebenarnya tidak ada kerja nak buat, jauh sekali nak tolong rakyat, jadi masa terluang itu digunakan untuk mencari kesalahan orang lain, reka cerita palsu dan tabur fitnah terhadap Najib dan keluarga," tegasnya.

Beliau menyifatkan percutian Najib dan penggunaan pesawat khas itu hanya perkara remeh-temeh tetapi sengaja diperbesarkan oleh pembangkang untuk memburukkan reputasi Perdana Menteri.

“Golongan sakit mentaliti ini sememangnya suka membuat kerja bodoh, menyalak dan mencari kesalahan orang lain, tetapi mereka sendiri tidak menyumbang apa-apa untuk negara dan rakyat,” tegasnya.

“Mereka ini tidak perlu dilayan, mereka hanya makan gaji buta kerana tidak memberi sumbangan kepada kerajaan,” ujarnya lagi.

Beliau mempersoalkan apakah sumbangan yang telah dihulurkan oleh golongan yang suka ‘menyalak’ ini kepada rakyat terutama mangsa-mangsa banjir.

“Mereka 'menyalak' mengkritk dan mengencam Najib, tetapi setakat ini apa yang telah mereka berikan  kepada negara dan rakyat,” tegasnya.

1 ulasan:

  1. Pemimpin Pembangkang serta Puak2 yg tak sedar diri hanya mahu menikmati apa yang Kerajaan usahakan, tapi tidak membantu kearah itu..kenyataan Datok Seri Syed Ali memang tepat..

    BalasPadam