KETUA UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
menyelar sikap segelintir pemimpin PAS yang kurang senang wujudnya kerjasama
parti itu dengan BN khususnyua UMNO .
Beliau menyifatkan
pemimpin berkenaan sebagai angkuh, sombong dan tidak mempunyai roh Islam dalam
merintis jalan perpaduan membabitkan kedua-dua parti terbesar yang mewakili
umat Melayu di negara ini.
Katanya, sebagai parti
yang kononnya memperjuangkan agenda Islam sepatutnya tidak menunjukkan sikap
buruk sangka terhadap apa jua usaha atau cadangan penyatuan antara UMNO-PAS.
“Kalau mereka ada roh atau
menjiwai perjuangan Islam, mereka tidak tolak cadangan sesetengah pihak yang
mahu UMNO-PAS bersatu atas kepentingan umat Islam, tegasnya.
“Mengapa sesetengah pemimpin
PAS cepat melenting bila dikaitkan dengan UMNO (penyatuan), tetapi mereka
sanggup pula bersubahat dengan DAP, parti rasis yang sentiasa tidak senang hati
melihat kebangkitan orang Melayu.
Menurut beliau lagi, sudah
tiba masanya kedua-kedua parti tersebut menjalin kerjasama setelah sekian lama
bersengketa kerana perbezaan idealogi politik.
“Sebagai orang Islam, saya
amat berharap berlaku kerjasama UMNO-PAS, ini bukan untuk kepentingan peribadi
mana-mana pihak tetapi demi faedah rakyat dan umat Islam keseluruhannya.
Sehubungan itu kata
beliau, cadangan menubuhkan kerajaan campuran di Kelantan merupakan usaha murni
yang perlu diberikan sokongan.
Penerbit Sinar
Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub sebelum ini melontarkan idea
mewujudkan kerajaan campuran di Kelantan tetapi ditolak oleh beberapa pemimpin
PAS.
“Saya menyokong cadangan
tersebut kerana ia boleh menjadi perintis kearah kerjasama UMNO-PAS di peringkat
pusat,” tegas Syed Ali lagi.
Katanya, tidak ada
sebarang manfaat kepada rakayat hasil daripada pertelagahan lebih 30 tahun
antara UMNO-PAS.
Beliau mengingatkan,
musibah banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini merupakan peringtatan
untuk bermuhasabah dan bersatu demi kepentingan bersama.
“Bencana banjir juga telah
memberi ruang kepada pemimpin UMNO-PAS duduk semeja , bersatu menghadapi ujian
Allah S.W.T, semangat ini perlu dikekalkan,” ujar beliau.
Menurut beliau lagi, sejarah
Islam dan kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. perlu dijadiakn teladan
bagaimana Baginda berusaha menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.
“Bagi menjamin perpaduan
dan keharmonian sesebuah umat dan negara, Nabi Muhammad S.A.W. telah menegaskan
hubungan baik dan mesra perlu dikekalkan,” katanya.
Justeru tegas beliau,
tindakan beberapa pemimpin PAS yang menentang cadangan permuafakatan dan kerjasama
dengan UMNO hanya akan merugikan umat Islam di negara ini.
“Saya kecewa kerana masih
ada pemimpin PAS berfikiran jumud, enggan kepada kebaikan dan lebih suka
melihat rakyat khususnya umat Islam terus berpecah kerana politik,” katanya.
Beliau mendakwa pemimpin
PAS bertanggungjawab terhadap perpecahan dan sengketa sesama umat Islam di
negara ini .
Dalam perkembangan berkaitan,
Syed Ali tidak menolak kemungkinan PAS akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat
(PR) untuk bersama DAP dan PKR.
Beliau yang juga Setiausaha Badan perhubungan UMNO/BN wilayah Persekutuan berkata, PAS sanggup
menjadi perkakas dan dieperkudakan oleh DAP kerana ingin menjaga kepentingan
dan kuasa politik mereka.
“PAS dibuai mimpi kononnya
PR akan menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sebab itu
mereka sanggup menjadi pak turut kepada DAP walaupun maruah dan harga diri
mereka diperlekehkan,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan