KUALA
LUMPUR, 24 JANUARI : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyarankan
Lim Kit Siang diam dari mencampuri urusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Hamidi berkenaan isu surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Tegasnya,
pihaknya berasa pelik kenapa Lim Kit Siang dilihat beriya-iya mahu Dr Ahmad
menjawab persoalan mengenai surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI)
yang langsung tiada kena mengena dengan Pengerusi DAP itu.
Gesaan
Lim Kit Siang ini timbul selepas dua bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed
Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammudin Hussein sepertimana dilapor menafikan
pernah menghantar surat kepada FBI sebelum ini.
Menurut
Syed Ali, Lim Kit Siang seharusnya memberikan tumpuan menyelesaikan masalah
dalaman DAP dan tidak harus mencampuri isu dalaman kabinet Barisan Nasional
(BN).
“Kalau
dia (Lim Kit Siang) mahu campuri urusan BN maka saya syorkan dia masuk BN,” pelawaan
Syed Ali sinis.
Kenyataan
Syed Ali ini sebagai menjawab kenyataan Lim Kit Siang dalam laman portal berita
Themalaysianinsider hari ini bertajuk, ‘Ex-home ministers should clear the air
over letters to FBI, says DAP’.
Menurut
Syed Ali, Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak harus memberi tekanan bertalu-talu
kepada Dr Ahmad Zahid. Tegasnya, sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid tahu
peranan dan tanggungjawabnya.
“Siapa
Lim Kit Siang mahu memberikan arahan kepada Dr Ahmad Zahid? Parti DAP sendiri
sedang bercelaru dengan masalah dalamannya. Selesaikan dahulu masalah dalaman
DAP dahulu sebelum campurtangan isu Menteri Dalam Negeri,” katanya.
Pada
waktu yang sama katanya, bukan semua kerahsiaan negara boleh dikongsi dengan
mereka yang bukan berkenaan. Katanya, kerajaan bertanggungjawab dengan
kepentingan dan keselamatan rakyat di negara ini.
“Kerajaan
BN bukannya seperti DAP yang suka mencetuskan isu-isu sensitif termasuk isu
perkauman yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat. Kerajaan BN juga
bukannya seperti DAP suka bertindak seperti ‘api dalam sekam’.
“Saya
yakin dan percaya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri Dalam
Negeri yang cukup berwibawa tidak akan tunduk kepada gesaan DAP termasuk
pimpinan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan isu surat FBI secara terperinci
kepada umum.
“Cukuplah
dengan penjelasan sudah diberikan oleh Dr Ahmad Zahid sebelum ini. Tak usahlah
Lim Kit Siang mahu mencampuri urusan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.
Sebelum
ini Ahmad Zahid sudah menjelaskan, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara
tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Katanya,
surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak
mendakwa Phua sebaliknya cuma satu penjelasan tentang status raja judi itu.
Katanya,
kerajaan tidak akan sekali-kali tunduk kepada gesaan mana-mana pemimpin
pembangkang termasuk Lim Kit Siang untuk menjelaskan perkara-perkara boleh
menggugat kepentingan awam dan negara. Tegasnya, kerajaan bertindak mengikut garis
panduan, peraturan dan prosedur yang ada.
Kata
Syed Ali, cukup-cukuplah DAP membuat berbagai kerosakan dan kecederaan kepada
perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Syed
Ali turut mendakwa tindakan Lim Kit Siang memberikan tekanan kepada Dr Ahmad
Zahid berkenaan surat kepada FBI lantaran mahu mengalihkan isu Kerajaan DAP
Pulau Pinang mahu mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Semalam
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyanggah hasrat DAP untuk
mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan ada alasan boleh menyebabkan
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 akan berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan