
DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menjelaskan punca UMNO diharamkan suatu ketika dulu bukan disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebaliknya kata beliau, pengharaman tersebut berpunca daripada tindakan segelintir pemimpin UMNO yang membawa isu pemilihan pucuk pimpinan parti ke mahkamah.
"Tuduhan terhadap Dr. Mahathir tidak tepat, faktanya sengaja diputarbelitkan untuk mencemarkan nama baik beliau," tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menyangkal tuduhan Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim terhadap Dr. Mahathir kononnya telah menghancurkan sistem demokrasi di negara ini.
Tuduhan tersebut ekoran kenyataan Syed Ali semalam yang mendakwa Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard sengaja melaga-lagakan Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam kenyataan balasnya menerusi portal berita www.freemalaysiatoday (FMT) hari ini (Jumaat), Zulkifli turut mendakwa sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.
“Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.
Bagaimanapun, Zulkifli tidak menafikan bahawa Mahathir sudah banyak berjasa sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata kenyataan Zulkifli tidak berasas dan cuba mengheret pemimpin UMNO supaya bertelagah sesama sendiri.
"Teguran daripada bekas pemimpin termasuk blogger terhadap Najib bukan bermakna satu serangan untuk menjatuhkan beliau," katanya.
Beliau tidak melihat kritikan terbuka itu sebagai satu bentuk ancaman sebaliknya peringatan kearah melincinkan lagi pentadbiran Najib.
Andaian kononnya ada serangan untuk menjatuhkan Najib katanya, hanya ditafsirkan oleh pembangkang untuk menghancurkan UMNO.
Syed Ali menegaskan sistem demokrasi di negara ini tidak pernah rosak sepertimana dakwaan Zulkifli.
Beliau tetap mempertahankan Dr. Mahahthir yang dianggapnya telah banyak berjasa kepada UMNO dan orang Melayu.
Dalam masa yang sama, Syed Ali menegaskan Najib juga turut berperanan untuk meneruskan kecemerlangan parti, rakyat dan negara.
"Sebagai ahli parti, kepimpinan Najib perlu dipertahankan, apatah lagi sewaktu Perdana Menteri diserang hebat oleh pembangkang," tegasnya.

Beliau menambah, tuduhan Zulkifli bahawa demokrasi sudah rosak sekadar untuk menutup kepincangan dan kehancuran pakatan pembangkang.
Pembangkang katanya,. cuba mengalih perhatian rakyat terhadap keretakkan hubungan antara DAP,PAS dan PKR.
"Jika demokrasi sudah rosak, saya rasa parti politik pembangkang pastinya tidak berpeluang menyertai sistem pilihan raya di negara ini," tambahnya.
Di zaman Dr. Mahathir juga kata beliau, pembangkang masih berpeluang menguasai beberapa negeri menerusi amalan demokrasi menerusi pilihan raya.
"Mana rosaknya demokrasi ? soal beliau sambil mengingatkan Zulkifli agar tidak melemparkan tuduhan melulu.
Malah katanya, Anwar Ibrahim juga langsung tidak berpeluang untuk 'menjelajah' keserata negeri memburukkan UMNO jika sistem bernegara telah rosak sepertimana dakwaan Zulkifli.
"Ini menunjukkan sistem demokrasi, perundangan dan kehakiman negara ini masih subur dan adil," tegasnya.
"Zulkifli harus melihat daripada sudut politik nasional, bukannya sekadar berlegar di bawah tempurong Anwar.
Syed Ali juga mendakwa Anwar sebenarnya merupakan pemain politik bertanggungjawab menghancurkan perpaduan rakyat.
"Anwar juga telah mencabuli nilai demokrasi kerana kerakusannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya lagi, terlalu banyak bukti menunjukkan Anwar tidak berpegang kepada prinsip demokrasi dan paling ketara dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
Katanya, Anwar juga turut bertanggungjawab mencetuskan budaya politkk songsang dan kegiatan tidak beretika itu kemudiannya diteruskan oleh pemimpin muda termasuk Zulkifli.
"Generasi muda pembangkang yang dilahirkan oleh Anwear inilah yang buta sejarah, jahil kepada kebenaran dan hanya tahu merosakkan sistem nilai dan budaya rakyat di negara ini," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan