Halaman

Khamis, 8 Januari 2015

Musibah banjir peringatan Allah S.W.T. kepada manusia : Syed Ali


BANJIR besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini bukan sahaja sebagai bencana alam tetapi merupakan peringatan daripada Allah S.W.T. keatas umatnya, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, musibah yang diturunkan oleh Allah S.W.T. merupakan peringatrann supaya manusia tidak lupa kepada kekuasaan-Nya, tidak sombong, takbur dan meringankan segala perintah Tuhan.

Malah ujar beliau, musibah itu juga kemungkinan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam supaya bersatu padu dan berusaha mengelakkan sengketa serta perpecahan.

Tambah beliau, umat Islam dan orang Melayu di negara ini telah sekian lama berpecah kerana sempadan politik keterlaluan.

Syed Ali mendakwa orang Melayu dan umat Islam berpecah belah kerana ada pihak sengaja menjadikan agama sebagai topeng politik.

Golongan ini kata beliau, sering menggunakan agama untuk mengajak sebahagian umat Islam supaya membenci di antara satu sama lain.

“Mereka menganjurkan jurang permusuhan, berburuk sangka dan mengelak untuk merintis jalan penyatuan sesama umat Islam yang telah berpecah kerana fahaman politik,” tegasnya.

Katanya, perbuatan seperti itulah yang ditegah oleh Allah S.W.T. tetapi mereka memutarbelitkian kebenaran untuk disesuaikan dengan kepentingan politik.

“Keadaan semakin teruk apabila manusia menjadi lupa dan ego kepada peringatan dan kekuasaan Allah SWT kerana kuasa dan kepentingan politik,”tegasnya.

Beliau berkata, kerana agenda politik ada pihak yang berlagak sombong dan melakukan sesuatu perkara mengikut kehendak hati tanpa mengambilkira hak dan kepentingan orang lain.

Justeru tegas beliau, bencana banjir yang berlaku baru-baru ini perlu dilihat daripada sudut ajaran Islam kerana musibah tersebut menuntut umatnya berfikir dan bermuhasabah diri.

“Banjir yang berlaku di Pantai Timur itu memang dasyat dan menakutkan, kesannya amat memeritkan, tetapi itulah kehendak dan ketentuan Illahi dan sewajarnya dijadikan teladan dan iktibar.

Oleh sebab itu jelas beliau, mana-mana pihak tidak perlu menunding jari antara satu sama lain untuk meletakkan punca musibah tersebut.

Mengambil contoh apa yang berlaku di Kelantan, beliau berkata tidak wajar perbezaan politik UMNO-PAS dijadikan penghalang untuk menjalin kerjasama.

“Kita telah lihat Kerajaan Pusat dan Kelantan boleh bekerjasama menangani musibah banjir, itu semua kehendak Allah S.W.T. dan rakyat sepatutnya menerimanya dengan penuh kesyukuran,” ujarnya.

Dalam hubungan ini, Syed Ali mahu seluruh orang Melayu dan umat Islam kembali bersatu dan membina kekuatan atas semangat persaudaraan sesama agama.

“Apa yang penting kita kena bersatu, ketepikan sengketa dan dendam politik demi memastikan agama dan anak cucu kita terbela di kemudian hari,” tegasnya.

Tambah belau lagi, bencana banjir yang berlaku itu adalah musibah dan juga dilihat sebagai ‘pembuka jalan’ kearah penyatuan dua parti politik yang mewakili orang Melayu.


“Usaha baik (penyatuan) kita perlu sokong, jangan ada pula yang sengaja mencarui helah, kita kena berfikir untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam secara keseluruhannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan