Halaman

Sabtu, 10 Januari 2015

Syed Ali : pemikiran Lim Kit Siang prejudis kepada orang Melayu, tebal fahaman rasis

LIM Kit Siang tidak mepunyai pemikiran positif yang mampu menjana pembangunan negara dan rakyat berbilang kaum di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Ketua Parlimen DAP itu kata beliau, hanya melihat apa apa sahaja berkaitan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dengan penuh prejudis dan berat sebelah.
" Dalam kotak pemikirannya bersarang dengan perasaan dendam kepada UMNO, orang Melayu, persespsi negatif dan menebal dengan fahaman politik rasis," tegasnya.
Oleh sebab itu ujar beliau, Lim Kit Siang dilihat begitu mudah membuat tuduhan tidak berasas terhadap usaha kerajaan dan UMNO membangunkan rakyat dan mengurustadbir negara ini.
Syed Ali membidas Lim Kit Siang yang sering mendakwa kerajaan BN dan UMNO khususnya gagal mentadbir negara ini dengan baik.
Katanya, Lim Kit Siang sepatutnya terlebih dahulu membetulkan kepincangan dan kelemahan pentadbiran negeri-negeri dikuasai pembangkang terutama Pulau Pinang yang gagal membawa pembangunan untuk rakyat.
"Apakah selama lebih 50 tahun BN dan UMNO tidak menatdbir negara ini dengan baik, sedangkan pelbagai kaum termasuk orang Cina turut menikmati manfaat daripada kemajuan tersebut,? sola beliau.
Justeru jelas beliau, perlantikan mana-mana pegawai kerajaan atau individu menerjaui sesuaatu agensi dibuat berasaskan kepada kelayakan dan kemampuan untuk menjana perubahan yang mampu dikongsi bersama oleh rakyat keseluruhannya.
"Tidak timbul isu lantikan seseorang pengerusi atau mereka yang layak menerajui sesuatu badan atau agensi kerajaan dibuat kerana berkepentingan atau sekadar dijadikan boneka.
"DAP jangan ingat pemimpin UMNO tidak ada fikiran, kita akan bersuara jika terbukti ada sebarang salahlaku, malah UMNO akan tampil kedepan jika wujud sebarang penyalahgunaan kuasa," tegasnya lagi.
Beliau mengulas tuduhan Lim Kit Siang bahawa UMNO/BN mahu Malaysia terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal dengan melantik seorang boneka UMNO menjadi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Lim Kit Siang dalam laporan sebuah portal berita hari ini ( Sabtu) dipetik sebagai berkata,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan memutuskan sama ada UMNO-BN mahu supaya Malaysia terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal apabila membuat keputusan melantik pengerusi baru SKMM.
Menurut Syed Ali, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu sengaja mencetuskan isu yang sebenarnya 'bukan isu' berhubung perlantikan pengerusi baru SKMM berikutan penamatan jawatan Datuk Mohamed Sharuil Tarmizi, 31 Disember lalu.
Katanya, penamatan jawatan Pengerusi SKMM merupakan perkara biasa dan penggantinya pula akan dipilih oleh kerajaan berdasarkan kelayakan dan kesesuaian dengan jawatan tersebut," katanya.
"Ia proses biasa dan bukannya isu besar, pertukaran dan perlantikan pegawai baru merupakan amalan biasa di mana-mana jabatan atau kementerian, seperti juga berlaku di Selangor apabila Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar," tegasnya.
Sehubunagn itu, Syed Ali mengingatkan Lim Kit Siang jangan cuba membuat andaian negatif dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya pengerusi yang bakal dilantik mengetuai SKMM itu boneka UMNO.
"Inilah akibnatnya apabila di dalam fikiran bersarang perasaan buruk sangka, tidak bersih dan beserabut dengan permainan politik rasis," tegasnya.


1 ulasan:

  1. Kalau apek tua ini mampus cepat kan lagi bagus....tak habis-habis nampak hanya salah umno/melayu sahaja...

    BalasPadam