Halaman

Rabu, 14 Januari 2015

Liberalisma punca Islam dihina, diperlekehkan


Oleh SYED ALI ALHABSHEE

ISU agama Islam dan umatnya diperlekehkan di negara ini oleh orang bukan Islam bukan lagi perkara baru malah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Kesucian ajaran dan syariat Islam bukan sekadar dipersendakan oleh bukan Islam tetapi turut  dipandang ringan oleh penganut agama Islam itu sendiri.

Inilah yang berlaku mutakhir ini yang menyaksian golongan muda semakin rapuh pegangan agama sehingga mereka terjebak dengan fenomena kebebasan tanpa batas.

Mengapa Islam selaku agama rasmi negara ini sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sudah tidak lagi di dihormati ?

Mengapa agama Islam dan umatnya seringkali menjadi cemuhan, cercaan dan penghinaan oleh bukan Islam yang semakin ketara berlaku terutama menerusi laman-laman sosial.

Mengapa pihak berkuasa di Malaysia dikatakan lambat bertindak atau tidak aggresif untuk membendung atau mengambil tindakan trhadap pelaku bukan Islam yang sengaja menghina agama Islam.

Itulah beberapa pertayaan yang seringkalin disuarakan oleh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam apabila setiap kali tercetusnya isu yang membabitkan penghinaan terhadap kesucian Islam dan pelanggaran batas moral penganutnya.

Isu tuduhan Eric Paulsen terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang didakwa menyebarkan fahamkam ekstrim melalui khutbah Jumaat dan adegan terbuka  gadis Melayu bertudung dicium artis K-Pop di Kuala Lumpur baru-baru ini, merupakan contoh terkini betapa hinanya umat Islam dikacamata bukan Islam.

Pada hemat saya, gejala negatif itu berlaku kerana ada orang islam itu sendiri terutama pemimpin parti politik pembangkang yang secara terang-terang menjadikan agama sebagai alat meraih kuasa.

Golongan ini bertopengkan agama Islam untuk mendapatkan sokongan untuk memenangi kerusi pilihan raya sama ada di peringkat negeri dan persekutuan.

Mereka jaja ayat-ayat al-Quraan yang menjuruskan kepada kepentingan politik mereka tanpa mengambilkira kesannya terhadap umat Islam.

Dan sekarang ini ada pula dikalangan mereka yang menganjurkan kepada fahaman liberalisma dalam beragama.

Fahaman itu juga yang menyebabkan ada dikalangan mereka menyokong gerakan budaya seks songsang atau hubungan sejenis walaupun perbuatan terkutuk itu dilaknati oleh Allah S.W.T.

Inilah bahana dan bahayanya fahaman liberalisma yang disuburkan oleh pihak tertentu sehingga kescucian agama Islam semakin tercalar  dan tercemar.

Implikasinya, orang bukan  Islam  mengambil peluang tersebut untuk menjadi lebih berani mencabar dan menghina agama Islam kerana mereka kemungkinan beranggapan jika orang Islam sendiri boleh membelakangkan agama mereka, mengapa orang bukan Islam tidak boleh berbuat demikian ?

Maka, berlakulah tindakan manusia seperti Eric Paulsen, pengamal undang-undang yang menunjukkan ‘kegilaan’ menuduh khutbah Jumaat itu sebagai penyebar fahaman  ekstrim.

Mengapa Eric Paulsen jadi berani ? 

Mungkin beliau beranggapan undang-undang di Malaysia tidak ketat dan otrang Islam di negara ini tidak aggresif sepertimana orang Islam di Indonesia, Pakistan, India atau di negara Timur Tengah.

Ramai yang bertanya dan mengeluh ; kenapa susah sangat nak tangani golongan ini, sedangkan negara ini negara Islam, tertera dalam perlembagaan, raja-raja Melayu ketua agama Islam, ada undang-undang, tetapi kadangkala seperti ‘takut’ untuk bertindak.

Jangan terikat dengan kerenah dan ragam birokrasi sehingga kita membiarkan mereka yang menghina, mencerca agama suci kita sekadar diberikan amaran demi amaran sehingga rakyat menjadi bosan.

Saya melihat, tindakan ‘berani’ tetapi kurang ajar Eric Paulsen itu seolah-olah seperti  dia mengambil contoh kes Elvin, anak muda Cina yang secara terbuka menghina umat Islam di bulan Ramadhan dengan video sup tulang babi.

Apa jadi? orang Melayu dan umat Islam hanya berteriak marahkan Elvin, kecam beliau, tetapi hanya setakat itu sahaja dan Elvin pemuda Cina biadab itu  kini dikatakan  melarikan diri keluar negara. Masih bebas dan masih boleh menggunakan pelbagai aplikasi menerusi laman-laman sosial.

Begitu juga dengan gelagat anak gadis Melayu bertudung sanggup membiarkan dirinya dipeluk oleh pemuda bukan Islam, di atas pentas dan disaksikan jutaan rakyat. Apakah ini kejayaan daripada fahaman liberalisma ?

Banggakah ibu bapa kepada gadis Melayu tersebut yang mendapat pelukan mesra daripada artis manusia kafir ? hanya kerana dirangsang oleh budaya songsang?

Apabila gambar gadis bertudung itu berpelukan tersiar di laman-laman sosial, maka seluruh umat Islam menjadi riuh dan keluarlah kutukan dan cacian terhadap gadis berkenaan.

Persoalannya, siapa penganjuur konsert pop itu ? dan mengapa tiada garis panduan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebelum konsert itu bermula kerana negara ini negara Islam.

Apa pihak berkuasa buat sebenarnya ? Cerita konsert luar negara ‘buat gila’ di Malaysia bukan perkara baru. Mereka sasarkan anak muda Melayu supaya jauhkan daripada ajaran agama Islam.

Rasanya Malaysia sudah cukup berpengalaman dengan kehadiran artis atau konsert luar negara

Insiden yang mengaibkan umat Islam dan turut memalukan ibu bapa gadis bertudugng itu sudah pun berlaku dan boleh dijadikan teladan.

Inilah padahnya apabila agama Islam dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan. Sepatutnya Islam diletakkan di atas daripada agenda politik.

Dalam masa yang sama ajaran dan syariat  Islam dipinggirkan, penguatkuasa undang-undang dilihat seperti tidak tegas dan peranan serta tanggungjawab ibu bapa sebagai pebimbing dan pelindung kepada anak-anak  semakin jauh.

Ini merupakan satu pengajaran dan ini juga satu peringatan kepada seluruh umat Islam di negara. 

Pihak yang menguatkuasakan undang-undang perlu lebih berani dan bertegas, jangan bertolak ansur dan mudah menerima permohonan maaf.

Ingatlah, bala Allah tidak hanya akan menimpa keatas seorang atau dua orang yang melakukan perkara mungkar, mungkin bala akan turut menimpa ke atas seluruh umat manusia jika maksiat dan kemungkaran dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya.

Bala Allah datang dalam pelbagai bentuk, sama ada bencana alam seperti kemarau atau banjir. 

Semuanya menuntut kita supaya bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.




4 ulasan:

  1. Pada pendapat saya pemimpin islam berretorik dan self proclaimed ulamak adalah punca penghinaan bangsa melayu dan islam

    BalasPadam
  2. Dalam soal K-pop; itu bukan salah mereka tapi anak gadis yang salah sebab mereka tidak dapat control gatal mereka,. Yang depa naik pentas kenapa???? nafsu terlebih ker? Kenapa bangsa lain tak macam itu? Jangan salah K-pop

    BalasPadam
  3. Lemahnya umat Islam di Malaysia. Ada ulamak jual ugama sebab gila kuasa. Ulamak Islam ke tu? Malu sungguh.

    BalasPadam
  4. Tahniah pandangan yang baik tapi pelik dan hairan Malaysia diperintah oleh BN d penerajunya adalah UMNO lebih 50 tahun. Semua dasar UMNO yang bikin. Kerosakan ini adalah kesan daripada dasar UMNO. Semoga pemimpin UMNO seperti tuan berusaha ubah kembali.

    BalasPadam