ISU
agama Islam dan umatnya diperlekehkan di negara ini oleh orang bukan Islam
bukan lagi perkara baru malah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Kesucian ajaran dan
syariat Islam bukan sekadar dipersendakan oleh bukan Islam tetapi turut dipandang ringan oleh penganut agama Islam itu
sendiri.
Inilah yang berlaku mutakhir
ini yang menyaksian golongan muda semakin rapuh pegangan agama sehingga mereka
terjebak dengan fenomena kebebasan tanpa batas.
Mengapa Islam selaku agama
rasmi negara ini sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sudah tidak
lagi di dihormati ?
Mengapa agama Islam dan
umatnya seringkali menjadi cemuhan, cercaan dan penghinaan oleh bukan Islam
yang semakin ketara berlaku terutama menerusi laman-laman sosial.
Mengapa pihak berkuasa di Malaysia
dikatakan lambat bertindak atau tidak aggresif untuk membendung atau mengambil
tindakan trhadap pelaku bukan Islam yang sengaja menghina agama Islam.
Itulah beberapa pertayaan
yang seringkalin disuarakan oleh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam
apabila setiap kali tercetusnya isu yang membabitkan penghinaan terhadap kesucian
Islam dan pelanggaran batas moral penganutnya.
Isu tuduhan Eric Paulsen terhadap
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang didakwa menyebarkan fahamkam
ekstrim melalui khutbah Jumaat dan adegan terbuka gadis Melayu bertudung dicium artis K-Pop di
Kuala Lumpur baru-baru ini, merupakan contoh terkini betapa hinanya umat Islam
dikacamata bukan Islam.
Pada hemat saya, gejala negatif
itu berlaku kerana ada orang islam itu sendiri terutama pemimpin parti politik
pembangkang yang secara terang-terang menjadikan agama sebagai alat meraih
kuasa.
Golongan ini bertopengkan
agama Islam untuk mendapatkan sokongan untuk memenangi kerusi pilihan raya sama
ada di peringkat negeri dan persekutuan.
Mereka jaja ayat-ayat
al-Quraan yang menjuruskan kepada kepentingan politik mereka tanpa
mengambilkira kesannya terhadap umat Islam.
Dan sekarang ini ada pula
dikalangan mereka yang menganjurkan kepada fahaman liberalisma dalam beragama.
Fahaman itu juga yang
menyebabkan ada dikalangan mereka menyokong gerakan budaya seks songsang atau
hubungan sejenis walaupun perbuatan terkutuk itu dilaknati oleh Allah S.W.T.
Inilah bahana dan
bahayanya fahaman liberalisma yang disuburkan oleh pihak tertentu sehingga
kescucian agama Islam semakin tercalar dan tercemar.
Implikasinya, orang
bukan Islam mengambil peluang tersebut untuk menjadi lebih
berani mencabar dan menghina agama Islam kerana mereka kemungkinan beranggapan
jika orang Islam sendiri boleh membelakangkan agama mereka, mengapa orang bukan
Islam tidak boleh berbuat demikian ?
Maka, berlakulah tindakan manusia
seperti Eric Paulsen, pengamal undang-undang yang menunjukkan ‘kegilaan’
menuduh khutbah Jumaat itu sebagai penyebar fahaman ekstrim.
Mengapa Eric Paulsen jadi
berani ?
Mungkin beliau beranggapan undang-undang di Malaysia tidak ketat dan
otrang Islam di negara ini tidak aggresif sepertimana orang Islam di Indonesia,
Pakistan, India atau di negara Timur Tengah.
Ramai yang bertanya dan
mengeluh ; kenapa susah sangat nak tangani golongan ini, sedangkan negara ini
negara Islam, tertera dalam perlembagaan, raja-raja Melayu ketua agama Islam, ada
undang-undang, tetapi kadangkala seperti ‘takut’ untuk bertindak.
Jangan terikat dengan
kerenah dan ragam birokrasi sehingga kita membiarkan mereka yang menghina,
mencerca agama suci kita sekadar diberikan amaran demi amaran sehingga rakyat
menjadi bosan.
Saya melihat, tindakan ‘berani’
tetapi kurang ajar Eric Paulsen itu seolah-olah seperti dia mengambil contoh kes Elvin, anak muda Cina
yang secara terbuka menghina umat Islam di bulan Ramadhan dengan video sup
tulang babi.
Apa jadi? orang Melayu dan
umat Islam hanya berteriak marahkan Elvin, kecam beliau, tetapi hanya setakat
itu sahaja dan Elvin pemuda Cina biadab itu kini dikatakan melarikan diri keluar negara. Masih bebas dan
masih boleh menggunakan pelbagai aplikasi menerusi laman-laman sosial.
Begitu juga dengan gelagat
anak gadis Melayu bertudung sanggup membiarkan dirinya dipeluk oleh pemuda
bukan Islam, di atas pentas dan disaksikan jutaan rakyat. Apakah ini kejayaan
daripada fahaman liberalisma ?
Banggakah ibu bapa kepada
gadis Melayu tersebut yang mendapat pelukan mesra daripada artis manusia kafir
? hanya kerana dirangsang oleh budaya songsang?
Apabila gambar gadis bertudung
itu berpelukan tersiar di laman-laman sosial, maka seluruh umat Islam menjadi
riuh dan keluarlah kutukan dan cacian terhadap gadis berkenaan.
Persoalannya, siapa
penganjuur konsert pop itu ? dan mengapa tiada garis panduan dikeluarkan oleh
pihak berkuasa sebelum konsert itu bermula kerana negara ini negara Islam.
Apa pihak berkuasa buat
sebenarnya ? Cerita konsert luar negara ‘buat gila’ di Malaysia bukan perkara
baru. Mereka sasarkan anak muda Melayu supaya jauhkan daripada ajaran agama
Islam.
Rasanya Malaysia sudah
cukup berpengalaman dengan kehadiran artis atau konsert luar negara
Insiden yang mengaibkan
umat Islam dan turut memalukan ibu bapa gadis bertudugng itu sudah pun berlaku
dan boleh dijadikan teladan.
Inilah padahnya apabila agama
Islam dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan. Sepatutnya Islam
diletakkan di atas daripada agenda politik.
Dalam masa yang sama ajaran
dan syariat Islam dipinggirkan,
penguatkuasa undang-undang dilihat seperti tidak tegas dan peranan serta
tanggungjawab ibu bapa sebagai pebimbing dan pelindung kepada anak-anak semakin jauh.
Ini merupakan satu
pengajaran dan ini juga satu peringatan kepada seluruh umat Islam di negara.
Pihak yang menguatkuasakan undang-undang perlu lebih berani dan bertegas, jangan
bertolak ansur dan mudah menerima permohonan maaf.
Ingatlah, bala Allah tidak
hanya akan menimpa keatas seorang atau dua orang yang melakukan perkara mungkar,
mungkin bala akan turut menimpa ke atas seluruh umat manusia jika maksiat dan
kemungkaran dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya.
Bala Allah datang dalam
pelbagai bentuk, sama ada bencana alam seperti kemarau atau banjir.
Semuanya
menuntut kita supaya bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.
Pada pendapat saya pemimpin islam berretorik dan self proclaimed ulamak adalah punca penghinaan bangsa melayu dan islam
BalasPadamDalam soal K-pop; itu bukan salah mereka tapi anak gadis yang salah sebab mereka tidak dapat control gatal mereka,. Yang depa naik pentas kenapa???? nafsu terlebih ker? Kenapa bangsa lain tak macam itu? Jangan salah K-pop
BalasPadamLemahnya umat Islam di Malaysia. Ada ulamak jual ugama sebab gila kuasa. Ulamak Islam ke tu? Malu sungguh.
BalasPadamTahniah pandangan yang baik tapi pelik dan hairan Malaysia diperintah oleh BN d penerajunya adalah UMNO lebih 50 tahun. Semua dasar UMNO yang bikin. Kerosakan ini adalah kesan daripada dasar UMNO. Semoga pemimpin UMNO seperti tuan berusaha ubah kembali.
BalasPadam