PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan
yang terbaik memacu pembangun negara dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan
hidup rakyat walaupun segala usaha beliau dinafi dan dikritik oleh pihak
pembangkang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
berkata, pihak pembangkang sengaja mencari kesalahan dan kelemahan pentadbiran
Najib disamping melemperakn fitnah dan tohmohan tidak berasas.
Katanya, usaha terancang pihak pembangkang yang menggunakan
medium laman-laman sosial dan akhbar
rasmi milik mereka menjadikan Najib dan keluarganya sebagai sasaran fitnah bertujuan
menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan sekaligus mahu Najib meletak
jawatan.
“Menerusi strategi itu mereka menyerang penatdbiran Najib
dengan pelbagai isu yang sengaja disensasikan supaya rakyat terpengaruh dan
mencurigai segala usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),”
katanya.
Pembangkanmg ujar beliau, berusaha untuk ‘menutup’ segala kejayaaan
dan kesungguhan pentadbiran Najib membangunkan negara dan mensejahterakan hidup
rakyat sewaktu negara dilanda ketidaktentuan suasana ekonomi global.
“Mereka guna media baru dan konservetif untuk menutup
kejayaan Najib, sebalikinya menonjolkan berita palsu, fitnah dan putarbelit
yang sengaja direka untuk menunjukkan kelemahan Perdana Menteri,seperti dalam
isu bencana banjir baru-baru ini,” katanya.
Terbaru kata Syed Ali, akhbar Harakah suara rasmi milik PAS yang
menjalinkan hubungan politik dengan DAP dan PKR menyemarakkan secara meluas laporan
tidak berasas terutama berkaitan isu pengurusan Syarikat 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), percutian Perdana Menteri, banjir dan terbaru kes virus E.coli.
Laporan tersebut katanya, bertujuan memperdayakan rakyat
supaya mencurigai kejayaan penatdbiran Najib walaupun segala laporan yang
dimuatkan di dalam akhbar berkenaan bermotifkan politik dan langsung tidak
menjuruskan kepada kebenaran fakta.
“Mereka sogokkan pembaca dengan laporan tidak berasas,
laporan berbau fitnah dan tidak beretika.
“Pembangkang susun cerita karut dan tidak benar, membuat
tuduhan melulu dengan cuba meletakkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan di
atas bahu Najib selaku Perdana Menteri, perbuatan tersebut sememangnya tidak adil
dan tidak bertanggungjawab,” tegasnya lagi.
Keseluruhan laporan itu katanya, langsung tidak
mengetengahkan idea atau cadangan membina untuk bersama kerajaan memajukan
negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
“Mereka hanya tahu mengkritik, buat fitnah, tuduh Najib tidak
cekap dan sebagainya, “ jelasnya sambil menegaskan keyakinan beliau bahawa
majoritti rakyat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan strategi pembangkang.
Mengambil contoh isu 1MDB, Syed Ali menjelaskan perlantikan Arul
Kanda Kandasamy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Mohd. Hazem Abdul
Rahman merupakan amalan biasa dalam usaha penyusunan semula 1MDB.
Beliau berkata, sebagai syarikat pelaburan negara sudah tentu
pihak berkenaan perlu melakukan penyusunan semula bagi meningkatkan kecekapan
operasinya sejajar dengan perubahan dan perkembangan ekonomi dunia.
“Pihak kerajaan menerusi Parlimen telah menjelaskan tiada berlaku
sebarang penyelewengan atau ketirisan dalam 1MDB, jadi apa jua tuduhan pembangkang
sekadar strategi politik untuk melemahkan pentadbiran Najib,” katanya.
Begitu juga dalam isu virus E.coli, beliau berkata tidak ada
sebab untuk Najib berbohong sepertimana andaian yang dibuat oleh pihak
pembangkang dengan mengembilkira penjelasan daripada pihak kementeriann
kesihatan.
Beliau mempersoalkan kenapa isu tesrebut sengaja diperbesarkan
sedangkan Najib sudah pun mendapat rawatan doktror dan dinasihatkan supaya
berehat.
“Ini membuktikan pembangkang tidak ada kerja lain daripada
mencari kesalahan orang lain”, tegasnya.
Berhubung percutian Najib, Syed Ali menjelaskan isu tersebut
sebenarnya ‘bukan isu’ yang diperkatakan rakyat kerana rakyat memahami situasi
yang dihadapi oleh Najib selaku Perdana Menteri dan ketua keluarga.
“Walaupun dalam tempoh percutian, Najib telah menunjukkan
keperihatinan beliau terhadap bencana banjir yang melanda beberapa negeri di
Pantai Timur baru-baru ini,” ujarnya.
Kesimpulannya kata beliau, usaha pembangkang untuk
meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN dan pentadbiran Najib tidak
akan berkesudahan selagi mereka tidak
berjaya menguasai Putrajaya.
“Pembangkang akan terus berbohong, menyebarkan fitnah dan
provokasi serta segala macam andaian dan persespsi liar untuk melemahkan
pentadbiran Najib,” tegasnya.
Bagaimanapun kata beliau, rakyat di Malaysia sudah dapat
melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana gelagat pembangkang yang hanya
tahu ‘menyalak’ tetapi langsung tidak
meeberi input terbaik untuk kepentingan mereka.
“Percaturan dan permainan pembangkang dengan fakta-fakta
karut dan hujah yang tidak rasional sekadar provokasi politik murahan untuk
memperdayakan rakyat, yang majoritinya tetap bersama kerajaan pimpinan Najib,”
tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan