
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bersetuju dengan pandangan Tun Dr.Mahathir Mohamad mereka yang ingin menyertai UMNO perlu faham sejarah dan matlamat perjuangan parti.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan ini kerana UMNO bukan tempat untuk golongan berkepentingan sebaliknya menjadi wadah perjuangan umat Melayu.
"Kalau ada yang masuk UMNO kerana ingin cari makan, saya percaya perjuangan parti membela nasib orang Melayu tidak akan tercapai," tegasnya.
Oleh sebab itu katanya, UMNO memerlukan pemimpin di semua peringkat yang sentiasa mengutamakan perjuangan parti.
"Sama ada yang memegang jawatan atau sebaliknya, mereka bertanggungjawab mempertahankan kredibilti parti supaya sentiasa dihormati.
Beliau berkata, UMNO sejak mula ditubuhkan telah meletakkan perjuangan Melayu sebagai keutamaan disamping menghormati kaum lain.
katanya, kerana berpegang kepada asas itu menyebabkan UMNO kekal relevan sehingga kini dan mendapat sokongan padu orang Melayu.
"Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir kerana UMNO memerlukan pemimpin yang ikhlas dan bertanggungjawab," tegasnya.
Dalam entri terbarunya, bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu antara lain menulis ; jika mereka dapati perjuangan ini bertentangan dengan prinsip perjuangan diri sendiri, adalah lebih baik jika mereka berada di luar UMNO.
Walaupun demikian ini tidak bermakna UMNO beku dan jumud, bahawa perjuangannya sudah ketinggalan zaman, tidak relevan lagi.
Asas perjuangan UMNO untuk menebus maruah orang Melayu tidak perlu diubah. Asas perjuangan untuk orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tidak perlu diubah.
Yang perlu diubah ialah pendekatan yang mampu mencapai matlamat dengan lebih awal dan lebih kukuh.
Terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO sudah sedar akan perlunya UMNO di perbaharui. UMNO sudah nyatakan kesanggupan untuk menerima ahli baru walaupun ini akan mengancam kedudukan ahli lama.
Namun tapisan perlu juga dibuat supaya yang masuk bukan yang anggap UMNO sebagai batu loncatan seperti yang terdahulu, atau yang nampak peluang bagi diri sendiri. Yang masuk mestilah mereka yang ikhlas dan faham akan perjuangan UMNO, dan ingin menerus dan menjayakannya.
Mengulas lanjuit, Syed Ali berkata UMNO yang sedang melakukan transformasi politik perlu mendasari persekitaran masa kini dengan mengambilkira kepentingan golongan muda.
"Perubahan sedang berlaku dalam UMNO, oleh sebab itu kita perlu memberi ruang kepada golongan muda kerana mereka bakal mewarnai masa depan parti dan negara," ujarnya.
Beliau menyifatkan pandangan Tun Dr. Mahathir sebagai berasas dan perlu diberikan perhatian banyak pihak terutama pemimpin parti.
Berkaitan UMNO digunakan sebagai batu loncatan sepertimana disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir, Syed Ali tidak menafikan ada segelintir pihak menggunakan parti untuk agenda peribadi.
"Inilah yang kita khuatir, apabila ada pemimpin tidak amanah menggunakan parti sebagai batu loncatan untuk mengumpuil kekayaan akhirnya UMNO akan dicemuh rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, UMNO merupakan sebuah parti tunggal yang mempertahankan kepentingan Melayu, umat Islam dan masa depan tanahair.
Sehubungan itu, beliau mahu UMNO dibarisi oleh mereka yang memahami dan menghayati aspirasi perjuangan bangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar pihak yang sengaja melemparkan fitnah kononnya pentadbiran Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lemah dan tidak berupaya mengurus kepentingan rakyat.
"Fitnah jahat itu merupakan provokasi yang sering dilakukan oleh parti pembangkang dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan," tegasnya.
Pembangkang sebelum ini mendakwa tahun 2014 sebagai tahun mengecewakan di bawah pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.
"Pembangkang memang akan membangkang apa sahaja yang dilakukan kerajaan walaupun usaha sedemikian baik untuk rakyat dan negara," tegasnya.
Beliau mempertahankan kepimpinan Najib yang telah bertungkus lumus membangunkan negara sewaktu berdepan dengan pelbagai masalah terutama berkaitan ekonomi global yang tidak menentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan