DATUK Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengambil tindakan cukup bijak apabila mengarah kesemua menteri dan timbalan menteri yang sedang bercuti terutama di luar negara supaya kembali segera ke tanahair untuk bersama-sama menangani bencana banjir yang melanda negara.
Jarang tindakan seumpana itu dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri dan langkah Najib itu bertepatan dengan slogan 'rakyat didahulukan' ketika musibah banjir berada di tahap yang amat kritikal sekarang ini.
Bagi saya, Perdana Menteri telah menunjukkan sikap keperihatinan yang amat tinggi untuk bersama rakyat ketika mereka susah dan beliau mahu mamastikan barisan kabinetnya turun padang menyelami masalah yang sedang dihadapi oleh mangsa -mangsa banjir di seluruh negara.
Sebelum ini, Najib sendiri sanggup memendekkan percutiannya di luar negara yang ketika itu bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Najib bergegas pulang ke tanahair dan terus mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi meninjau dan mendapat gambaran sebenar keadaan banjir di negeri-negeri Pantai Timur terutama di Kelantan.
Tindakan Najib memendekkan percutian itu telah melenyapkan sangkaan buruk sesetengah pihak terhadap beliau yang sebelum itu dikecam dan difitnah oleh pihak pembangkang kononnnya lebih mengutamakan bermain golf dengan Obama.
Ternyata penjelasan Perdana Menteri mengapa dan kenapa ianya penting bertemu Presiden AS sambil bermain golf akhirnya telah diterima baik oleh rakyat dan memahami betapa rumitnya tugas seorang Perdana Menteri.
Rakyat memahami Najib adalah seorang Perdana Menteri yang sedang bertungkus lumus memacu Malaysia ke tahap yang lebih baik di peringkat global dan rakyat juga menyedari betapa beliau begitu prihatin dengan kesusahan dan penderitaan yang sedang dialami oleh mangsa-mangsa banjir.
Saya kagum dengan kesungguhan dan keperihatinan Najib terhadap mangsa-mangsa banjir. Beliau turun padang bertemu rakyat di pusat penempatan banjir. Bertanya khabar dan mengarahkan apa juga bantuan dipertingkatkan.
Inilah semangat ikhlas Najib selaku Perdana Menteri yang sentiasa mengambil berat terhadap penderitaan mangsa-mangsa banjir walaupun beliau diserang dengan berbagai fitnah oleh pihak pembangkang.
Oleh sebab itu, apabila Najib mengarahkan semua menteri termasuk timbalan menteri pulang ke tanahair daripada bercuti, bagi saya ianya satu tindakan bijak yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh mereka yang terbabit.
Menteri termasuk timbalan menteri yang terbabit sepatutnya mencontohi Najib yang sanggup memendekkan 'percutian dalam bekerja' demi untuk bersama rakyat.
Menteri dan timbalan menteri seharusnya mengambil tanggungjawab betapa rakyat terutama di kawasan yang mereka wakili memerlukan perhatian ketika berada di saat-saat genting seperti sekarang ini.
Ubahlah sikap dan perangai hanya bertemu rakyat jelata secara bermusim. Buanglah sikap protokal keterlaluan yang boleh menjemukan rakyat.
Sebaliknya turun padang dan bersama-sama rakyat, sepertimana dilakukan oleh Najib, merasai pahit getir dan sengasaranya berdepan dengan musibah banjir yang melanda negara ketika ini.
Sebagai pemimpin, kita harus ingat bahawa rakyat yang memilih kita dan kerana itu sokongan tersebut harus diterjemahkan terutama ketika saat-saat sukar seperti sekarang ini.
Rakyat mahu berkongsi kepayahan dan kesusahan mereka bermalam di pusat-pusat pemindahan banjir dan sekadar menikmati sekeping roti atau semangkuk bubur.
Rakyat yang menjadi mangsa banjir mahu pemimpin mereka turun padang, bertanya khabar dan hulurkan bantuan sekadar yang termampu. Waktu sukar sebeginilah rakyat akan menilai sejauhmana keikhlasan pemimpin menepati janji dan menghayati slogan 'rakyat didahulukan'.
Saya tabik kepada Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersekang mata dan tanpa mengira waktu turun bertemu mangsa banjir di merata tempat, sama ada di Kelantan, Terangganu, Pahang, Perak dan Johor.
Najib telah menunjukkan contoh teladan yang baik dan sewajarnya dicontohi oleh menteri dan timbalan menteri termasuk pemimpin UMNO supaya 'berjiwa rakyat' dan sentiasa menyelami denyut nadi rakyat yang dilanda musibah.
Waktu beginilah pemimpin UMNO perlu menunjukkan teladan yang terpuji agar terjalin hubungan lebih mesra antara rakyat dan pemimpin.
Ketika negara dilanda banjir yang paling buruk dalam sejarah, sesungguhnya Najib selaku Perdana Menteri telah membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sentiasa mengambil berat masalah mereka.
Najib telah melakukan satu tugas yang terbaik selaku seorang Perdana Menteri dan dalam masa yang sama saya kecewa kerana tidak ada ternampak kelibat seorang pun pemimpin pembangkang yang turun bertemu mangsa-mangsa banjir.
Terbukti pemimpin pembangkang hanya tahu bercakap dan memfitnah tetapi untuk bertemu rakyat ketika susah, jauh sama sekali !
Saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua petugas termasuk pasukan keselamatan dan para sukarelawan yang sedang bertungkus lumus tanpa mengira keselamatan diri demi membantu mangsa-mangsa banjir.
Kepada Perdana Menteri, rakyat sentiasa bersama beliau dan saya juga yakin Najib telah melakukan tugas dan tanggungjawab yang terbaik demi untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kelainan ideologi politik.
Harapnya pihak blogger dapat menghebahkan kepada semua NGO yang hendak beri bantuan supaya menyelaraskan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berkenaan melalui Setiausaha Keselamatan Daerah supaya tidak timbul kejadian seperti tahun lepas di mana ada kampung yang dapat bantuan sampai 4 ke 5 kali, tetapi ada kampung yang hanya dapat bantuan JKM sahaja hingga menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana menyangka bantuan NGO itu adalah bantuan dari kerajaan.
BalasPadamSemoga para NGO dapat memberikan kerjasama kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang hanya melihat orang lain saja dapat tapi dia tak dapat.
Ini bukanlah untuk pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana nak merampas bahan itu dari pihak NGO, tetapi untuk penyelarasan supaya tidak timbul isu rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang ketinggalan.
Ini disebabkan NGO tidak mempunyai maklumat kawasan mana yang dah dapat sampai dua tiga kali, dan kawasan mana yang tak dapat lagi, hanya dapat dari JKM sahaja.
Oleh itu, berilah kerjasama untuk memudahkan kerja. Sekian, terima kasih.