Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah tidak mencari publisiti murahan dan membuat tanggapan silap berhubung program selawat 'Malam Cintai Rasul' yang akan diadakan di Dataran Merdeka, 31 Disember ini.
Beliau berkata, program Cintai Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) bersama DBKL, TV Alhijrah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Richwell itu mempunyai kelainan dan menjuruskan kepada dakwah mengajak umat Islam mencintai dan seterusnya mencotohi akhlak Nabi Besar Muhammad SAW.
"Sebagai bekas timbalan menteri, Saifuddin sepatutnya berfikiran rasional dan tidak membuat tanggapan melulu tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak penganjur program tersebut," tegasnya.
Syed Ali yang juga Pengerusi YPC mendakwa Saifuddin sengaja mempertikaikan penganjuran 'Malam Cintai Rasul' 31 Disember ini hanya untuk mencari publisiti murahan tanpa fakta yang berasas.
Beliau menjelaskan, 'Malam Cintai Rasul' yang menampilkan pendakwah dan tokoh qasidah Nusantara tersohor merupakan satu program baik yang pernah disertai bersama oleh pemimpin utama negara seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jadi tidak timbul penganjuran majlis ini tidak bermanfaat, malah kita mahu mengajak rakyat Malaysia terutama generasi muda Islam supaya mengubah cara mereka menyambut tahun baru seperti kelazimannnya bercorak hiburan," tegasnya.
"Kita menganjurkan satu program yang mempunyai matlamat untuk mengajak umat Islam mencintai Rasulullah SAW dan program ini juga berlandasklan syarak.
"Kita buat satu program pengisian jiwa dan minda, kita mahu Islam diterapkan kepada generasi muda kita, tetapi ada pula yang sengaja mempertikaikannya, ini amat keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyelar Saifuddin yang hanya menggunakan media untuk melontarkan rasa tidak puas hatinya terhadap penganjuran program 'Malam Cintai Rasul'.
"Saya ingin tanya Saifuddin, apakah program berqasidah, selawat dan bermunajat disamping tazkirah yang kita adakan menerusi Malam Cintai Rasul itu tidak baik ? berbanding dengan sambutan tahun baru yang diisi dengan hiburan keterlaluan," soal beliau.
Katanya lagi, sebagai pemimpin UMNO dan bekas timbalan menteri sepatutnya beliau memberikan sokongan dan bersama-sama membabitkan diri mengajak seberapa ramai anak-anak muda supaya hadir pada malam tersebut.
"Saya menjemput Saifuddin hadir pada malam tersebut, saksikan sendiri bagaimana kita berselawat, solat berjemaah, kita bermunajat kepada Allah SWT memohon agar rakyat dan negara kita diberikan kedamaian dan kesejahteraan," tegasnya.
Tambah beliau lagi, bagi melahirkan rasa prihatin penganjur terhadap musibah banjir teruk melanda negara, kutipan derma akan dilancarkan pada malam tersebut di mana kutipan tersebut akan disalurkan kepada pihak yang terbabit.
"Insya Allah pada malam itu, kita akan lancarkan tabung bencana banjir dan berharap semua pihak akan memberikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir," ujarnya.
Saifuddin tu umpama gunting karat dalam lipatan.
BalasPadamSungguh jijik dan menjijikkan.
Saipudin Munapik jgn di layan.
BalasPadamDia ni kembar Nuar Jubory dlm UMNO sbg PARASIT
Oktoberfest pesta arak apakah Pudin ni bantah?
Atau konsert ambang merdeka jemput artis gedik tak cukup kain, kaki clubbing, apakah dia ckp membazir?
Ini manusia perosak yg dikekal dlm UMNO.
dan malang juga ada blogger bodoh mcm KL-Chronicle yg turut sama jd penjilat Pudin Liberal ni
Teruskan wahai penganjur.. jgn endahkan iblis bertopeng yg mahu kan pesta hiburan haram di Dataran Merdeka.. maka isu di cipta utk halang Majlis Selawat begini
Kos utk majlis besar begini adalah perkara biasa.
PA System, stage, lightings, logistics, canopy, utk 50k punya audience..
Puak ni ingat sape nk bg free?
Program begini penting untuk memberikan alternatif pada rakyat, menjauhi sambutan yang tak selari dengan syariat bila masuk Tahun Baru
Malang ada Melayu bodoh mcm Pudin ni.. sentiasa cari ruang utk merosak..
Saipudin Munapik jgn di layan.
BalasPadamDia ni kembar Nuar Jubory dlm UMNO sbg PARASIT
Oktoberfest pesta arak apakah Pudin ni bantah?
Atau konsert ambang merdeka jemput artis gedik tak cukup kain, kaki clubbing, apakah dia ckp membazir?
Ini manusia perosak yg dikekal dlm UMNO.
dan malang juga ada blogger bodoh mcm KL-Chronicle yg turut sama jd penjilat Pudin Liberal ni
Teruskan wahai penganjur.. jgn endahkan iblis bertopeng yg mahu kan pesta hiburan haram di Dataran Merdeka.. maka isu di cipta utk halang Majlis Selawat begini
Kos utk majlis besar begini adalah perkara biasa.
PA System, stage, lightings, logistics, canopy, utk 50k punya audience..
Puak ni ingat sape nk bg free?
Program begini penting untuk memberikan alternatif pada rakyat, menjauhi sambutan yang tak selari dengan syariat bila masuk Tahun Baru
Malang ada Melayu bodoh mcm Pudin ni.. sentiasa cari ruang utk merosak..
Syed Ali...dont lower Urself.... malayankan Politician drop out .... ni... Just be care less ... Biarkan si Luncai lompat dengan labunya... footnote bila one's tak tau pasal bernas...bila dia cakap hal bernas... kiamat dunia..Dajjal pun pening ! PKR long time rejected him to be VIP in party... Kalau volnteer... IPP parti pun mau...
BalasPadamSarifuddin kalau nak masuk pembangkang cepat-cepat lah berambus,boleh ganti tempat Anwar yg dah tua dan mungkin akan berehat di penjara..DAP sangat berharap Sarifuddin masuk DAP utk di gandingkan dgn Dyana.Sakmongkol tentu akan muncung,sebab hilang harapan utk jadi tokoh Melayu utama dlm DAP.
BalasPadamBerapa bnyk pulak saifudin gunakan bajet GMM yg langsung tak bermanfaat utk bantu mangsa bencana banjir? Publisiti murah oleh orang murah jiwa agamanya.
BalasPadam